Saturday, November 27, 2010

apa yang anda tahu tentang syukur?

Syukur
Definisi syukur
Syukur (Ar:asy-syukr = ucapan, perbuatan, dan sikap terima kasih atau al-hamd; pujian). Dalam ilmu tasawuf : ucapan, sikap dan perbuatan terima kasih kepada Allah SWT dan pengakuan yang tulus atas nikmat dan kurnia yang diberikan-Nya.
Menurut Imam al-Ghazali, syukur merupakan salah satu makam (darjat/stage) yang paling tinggi dari sabar, khauf (takut) kepada Allah SWT, dan lain-lain. Adapun kesyukuran itu merupakan makam yang mulia dan pangkat yang tinggi sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud dalam surah al-Nahl:114, "Dan bersyukurlah nikmat Allah, jika kamu memang hanya menyembah kepada-Nya sahaja".
Bagaimana cara untuk bersyukur kepada Allah?
Cara bersyukur kepada Allah ada tiga: (1) bersyukur dengan hati, iaitu mengakui dan menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat yang diperolehi berasal dari Allah SWT dan tiada seseorang pun selain Allah SWT yang dapat memberikan nikmat itu; (2) bersyukur dengan lidah, iaitu mengucapkan secara jelas ungkapan rasa syukur itu dengan kalimah al-hamd li Allah (segala puji bagi Allah); dan (3) bersyukur dengan amal perbuatan, iaitu mengamalkan anggota tubuh untuk hal-hal yang baik dan memanfaatkan nikmat itu sesuai dengan ajaran agama.Yang dimaksud dengan mengamalkan anggota tubuh ialah menggunakan anggota tubuh itu untuk melakukan hal-hal yang positif dan diredhai Allah SWT, sebagai perwujudan dari rasa syukur tersebut.





Bagaimana hendak meningkatkan rasa syukur?
Cara Meningkatkan Syukur
Saya yakin, anda yang mahu membaca artikel ini adalah orang-orang yang pandai bersyukur. Namun bukan bererti kita tidak perlu meningkatkan kesyukuran. Setinggi apa pun anda menjadi hamba yang bersyukur, Anda masih tetap perlu meningkatkan syukur anda. Jika anda baru bersyukur diatas nikmat yang dari segi material,itu merupakan tahap pertama anda bersyukur .
           Untuk meningkatkan rasa bersyukur, kita harus lebih j peka terhadap berbagai nikmat yang diberikan Allah kepada kita. Kurangnya kepekaan terhadap nikmat Allah akan mengurangi syukur kita, sebab kita merasa tidak ada yang perlu disyukuri lagi. Meningkatkan kepekaan bisa dilakukan dengan melakukan perenungan terhadap apa yang terjadi pada hidup kita sehari-hari. Luangkan waktu anda setiap hari untuk merenungkan nikmat setiap harinya.
           Setiap saat, kita mendapatkan nikmat baru. Satu detik waktu berlalu bererti kita mendapatkan nikmat hidup selama satu detik. Nafas kita, penglihatan kita, detik jantung kita dan sebagainya yang tidak mungkin disebutkan disini.
           Selalu ada hikmah dari setiap kejadian, baik kejadian pada diri sendiri mahupun orang lain. Sementara setiap saat selalu ada kejadian, bererti selalu ada hikmah yang boleh kita ambil. Sementara hikmah adalah suatu nikmat. Syukurilah.







Kisah bersyukur
Al-Baramikah adalah sebuah keluarga yang hidup pada masa khalifah Abbasiyah, mereka mengecat istana-istana mereka dengan air emas,akan tetapi mereka berpaling daripada ajaran Allah,mereka sama sekali tidak berlaku adil dan tidak takut kepada Allah, tetapi malah mereka mengumpul botol-botol arak, para wanita dan para perayu dan para pemuas nafsu di dalam istana-istana mereka.
            Maka salah seorang ulama’ mengingatkan dan mengancam mereka dan berkata kepada mereka: “waspadalah kalian,sesungguhnya nikmat-nikmat Allah itu tidak akan bermanfaat  kecuali dengan bersyukur.”
Salah seorang penyair mengatakan:
Bila kamu dalam kenikmatan peliharalah!
Kerana kemaksiatan akan menghilangkannya.
Jagalah dia dengan bertaqwa kepada Tuhan
Kerana seksa Tuhan amat cepat
            Namun mereka tidak menghiraukan peringatan tersebut. Akhirnya pada suatu hari, tiba-tiba Allah SWT murka kepada mereka, maka Allah membinasakan mereka mereka dengan orang yang paling dekat dengan mereka iaitu sang khalifah Harun Ar-Rasyid, yang mana beliau telah menamatkan hayat mereka semua dengan pedang,membunuh para pemuda  pada waktu Dhuha dan menangkap orang-orang tua mereka yang berpura-pura menangis dan memasukkan ke dalam penjara. Yahya bi  Khalid Al-Barmaki adalah salah seorang yang dipenjarakan, dia menangis di dalamnya selama tujuh tahun. Salah seorang keluarga mengunjunginya di penjara bertanya kepadanya : “wahai Yahya, mengapa musibah ini ini terjadi kepada anda?” Yahya mengatakan: “kami berbuat maksiat dan dosa kepada Allah,maka kami ditimpa do’a orang-orang yang kena zalim yang berjalan di kegelapan malam,kami melalaikannya,sementara Allah tidak melalaikannya, sementara Allah tidak pernah melalaikan.”
            Jelaslah disini bahawa Allah akan menghukum barangsiapa yang kufur  nikmat kepadaNya. Ya, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 7  yang bermaksud:sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatku, maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”
Ja’far Ash-Shadiq Radhiallhu ‘anhu berkata kepada anaknya: “jangan kamu bersama dengan tiga golongan manusia ini, kerana Allah SWT murka terhadap mereka ini,mereka ini adalah:
1)    Jangan kamu bergaul dengan orang yang bermaksiat kepada Allah,kerana dia telah memutuskan tali antara dia dengan Allah SWT
2)     Jangan kamu bergaul dengan orang yang menderhaka kepada ibu-bapanya,kerana dia orang yang dilaknat.
3)    Dan jangan kamu bergaul dengan pendusta,kerana dia akan mendekatkan yang jauh bagimu dan menjauhkan yang dekat daripadamu.
Oleh itu,bersyukurlah kita dengan nikmat Allah yang melimpah ini. Dengan bersyukur Allah akan menambah nikmat kepada kita. Oleh itu sentiasalah berdoa dengan agar di golongkan ke dalam golongan yang sedikit kerana Allah telah menceritakan dalam al-Quran bahawa sedikit orang yang bersyukur. Wassalam. 

Tuesday, November 9, 2010

kufur nikmat

Sheikh Ibnu 'Atoillah telah mengingatkan kita tentang nilai waktu menerusi kalam hikmahnya: "Apa yang telah terluput daripada umurmu tidak ada gantiannya, dan apa yang telah terhasil daripada umurmu, tiada ukuran nilai harganya."

Memanfaatkan masa

Mensia-siakan hak waktu bererti mensia-siakan umur yang begitu berharga kerana umur yang telah berlalu tidak akan kembali lagi. Apabila kita membiarkan ia berlalu tanpa melakukan sebarang amal soleh, maka kita telah terlepas daripada kebaikan yang amat banyak.
http://www.utusan.com.my/pix/2009/1228/Utusan_Malaysia/Bicara_Agama/ba_02.1.jpg

Allah berfirman yang bermaksud: Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; dan sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada Hari Kiamat kelak); kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna. (al Najm: 39-41)

Sabda Rasulullah SAW ini wajar dijadikan renungan: "Tidak datang kepada seseorang hamba satu waktu yang tidak disebut nama Allah di dalamnya melainkan akan mendatangkan penyesalan kepadanya pada Hari Kiamat kelak."

Apabila waktu telah pergi, ia tidak akan dikecapi kembali, dan tiada suatu pun yang lebih mulia daripada waktu. Al Hasan al Basri RA berkata: Saya pernah menemui beberapa kaum yang begitu menjaga dan mengasihi diri dan waktu mereka melebihi daripada penjagaan mereka terhadap dinar dan dirham. Sebagaimana seseorang itu tidak mengeluarkan dirham dan dinar melainkan pada perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah kepada dirinya, dia juga tidak akan mensia-siakan diri mereka pada perkara-perkara yang tidak menjurus kepada ketaatan kepada Allah.

Para salafussoleh begitu berhati-hati dan tamak menjaga masa mereka sehinggakan Sayyiduna Ali RA pernah berpesan kepada isterinya Sayyidah Fatimah RA supaya melembutkan dan mencairkan masakan bagi mengurangkan masa mengunyah makanan yang mencuri masanya untuk bertasbih.

Menunda amal

Hari ini, kita melihat ramai manusia yang mengambil sikap menangguhkan waktu beramal atas alasan pekerjaan dan urusan dunia yang lain. Sheikh Ibnu 'Atoillah, seorang yang sangat tinggi pengalamannya dalam menghidupkan amalan salafussoleh dan dunia tarbiah menegaskan bahawa sikap gemar menunda amal kebaikan pada waktu ada kelapangan dengan kesibukan dunia, adalah suatu kebodohan.

Ketahuilah! Menangguhkan suatu amalan disebabkan urusan duniawi kerana menantikan masa lapang adalah suatu kebodohan kerana kamu lebih mengutamakan dunia daripada akhirat sedangkan kesibukan dunia tidak akan pernah habis. Kesibukan dengan pekerjaan dan kesibukan dunia akan menghalang seseorang itu daripada melakukan amal kebaikan yang akan menyambungkan hubungannya dengan hadrat Tuhannya.

Menangguhkan amalan kebaikan kerana urusan duniawi dianggap sebagai suatu kebodohan kerana tiga perkara:

1. Mendahulukan dunia dari akhirat. Ini bukanlah sifat orang Mukmin yang berakal dan ia bercanggah dengan tuntutan Allah. Firman Allah SWT: Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. (Al A'la: 16-17)

2. Menunda amal kerana menanti akan ada masa lapang kadang kala tidak diperoleh. Bahkan, kadang kala maut lebih dahulu menjemput ajalnya ataupun pekerjaannya menjadi semakin banyak dan sibuk kerana kesibukan duniawi adalah satu perkara yang saling tarik menarik dan bertali arus. Sebagaimana yang disebut oleh penyair: "Maka tidak akan habis-habis kehendak seseorang dari dunia ini, dan tidak akan berkesudahan suatu keperluan melainkan berkehendak kepada keinginan yang lain pula."

3. Berkemungkinan kesempatan waktu untuk beramal itu diperoleh ketika dia tidak lagi bersemangat untuk beramal, ataupun ketika dia telah menukar niatnya. Oleh sebab itu, wajiblah seseorang itu bersegera melakukan amal dalam apa jua keadaan sekalipun, dan dia perlu merebut segala peluang sebelum tibanya maut dan terluputnya masa atau kesempatan, di samping bertawakal kepada Allah bagi mendapat kemudahan dalam urusannya dan menjauhkan segala rintangan yang menghalangnya membina dan merapatkan hubungan dengan Allah.

Allah berfirman: Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas seluruh langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (Ali Imran: 133)

Di antara tanda orang yang mengenal Allah ialah sempurna akalnya dan tajam pemikirannya. Tanda orang yang berakal ialah bersegera melakukan suatu amal. Mengejar umur, tidak boleh ada padanya sebarang penangguhan kerana apa yang terluput daripadanya tidak akan berganti dan apa yang terhasil daripadanya tidak ternilai harganya. Di dalam hadis Rasulullah SAW bersabda: "Ingatlah! Di antara tanda orang yang berakal ialah menjauhi dari dunia yang menipu, kembali ke negara yang kekal abadi, menyiapkan bekalan untuk mendiami kubur dan bersiap sedia untuk Hari Kebangkitan."

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Orang yang berakal ialah orang yang menahan nafsunya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang bodoh ialah orang yang mengikut kehendak nafsu dan suka berangan-angan ke atas Allah."

Di dalam Suhuf Nabi Ibrahim AS menyebut: "Hendaklah orang yang berakal yang tidak ditewaskan oleh akalnya mempunyai beberapa waktu; waktu bermunajat dengan Tuhannya, waktu muhasabah dirinya, waktu bertafakur tentang kejadian Allah dan waktu dikosongkan untuk menunaikan hajatnya daripada makan dan minum."

Orang yang menangguhkan amalnya ialah orang yang bukan sahaja bodoh tetapi tertipu. Dari manakah jaminan yang kamu peroleh untuk sampai kepada waktu tersebut, sedangkan maut sentiasa menanti masa untuk menerkam kamu, ketika kamu tidak menyedarinya?

Rasulullah SAW bersabda: "Dua nikmat yang sering menjadi kerugian kebanyakan manusia ialah nikmat kesihatan dan waktu lapang." Kebanyakan manusia tidak dapat menggunakan kesempatan ini melainkan sibuk dengan dunianya, terfitnah dengan nafsunya atau ditimpa sakit.

Kesimpulan daripada hadis ini, hanya segelintir manusia yang dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan waktu. Sekiranya mereka dapat memakmurkannya dengan amalan ketaatan kepada Tuhan, maka mereka mensyukurinya dan mendapat keuntungan yang besar. Sekiranya mereka mensia-siakannya, mereka akan mendapat kerugian yang nyata dan kufur dengan kedua-dua nikmat ini. Bahkan, ia juga merupakan tanda kesedihan.

Syeikh Ibnu 'Atoillah RA berkata: "Perkara yang paling menyedihkan, setelah dikurangkan halangan kamu, kamu pula tidak mengadap-Nya." Semoga kita dapat mengambil iktibar. Orang yang hidup akan terasa sekiranya ditusuk dengan jarum. Tetapi orang yang mati tidak akan terasa sekalipun dipotong dengan pedang-pedang yang tajam. Renungilah!!

Thursday, November 4, 2010

konsep akhlak

Konsep akhlak dan moral
Definisi bagi akhlak
Menurut Abdul Ghani Shamsudin (1989) mengemukakan definisi akhlak adalah seperti berikut:
“ Akhlak merangkumi aspek semulajadi yang dimiliki oleh seseorang ,sifat perolehan yang sebati dalam diri melalui latihan , pendidikan dan sebagainya yang menjadi tabiat. Disamping itu akhlak juga mengandungi substance atau kejiwaan serta zahir ,yang direalisasikan dalam bentuk kelakuan.Akhlak juga difahami sebagai prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur pelakuan ,menentukan (membentuk ) hubungan  seseorang dengan orang lain sehingga matlamat kewujudannya didunia ini dicapai secara yang paling sempurna.”
Dari teropong ilmu , akhlak diterjemah sebagai ilmu yang menjelaskan hakikat perbuatan berakhlak ,mengkaji makna dan erti kebaikan ,keburukan ,kewajipan ,hati nurani atau suara hati. Akhlak ,tanggungjawab akhlak dan motif kelakuan adalah contoh utama serta kaedah dan prinsip  umum yang patut menjadi landasan kelakuan manusia.
Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, "Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan."

Akhlak menurut bahasa ,dari perkataan al-akhlak (الأخلاق) iaitu jama’ daripada perkataan al-khulq (الخلق) beerti tabiat kelakuan ,perangai ,tingkah laku ,maruah dan adat kebiasaan. Malah ia juga beerti agama itu sendiri. Menurut imam al-ghazali “bahawa sifat jiwa yang mendorong atau melahirkan perbuatan tanpa disengajakan.”
Perkataan a-khalq (الخلق) beerti kejadian,ciptaan ,bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada manusia itu sendiri,ia bermaksud bentuk tubuh badan yang indah dan seimbang. Jika disandarkan kepada alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah,seimbang, disusun rapi menurut peraturan dan undang-undang yang tepat.
Berdasarkan pengertian diatas ,bahawa akhlak islamiah adalah satu-satunya akhlak yang dapat membina masyarakat yang membangun. Membangun dalam erti kata yang sesuai dan yang tidak bercanggah dengan pembangunan yang dikehendaki oleh Islam kerana akhlak Islam sahaja yang mampu menimbulkan individu yang yang setia dan bertanggungjawab dalam melaksanakan perintah. Sebagaimana hadis nabi SAW “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”)(Riwayat Bukhari).
Akhlak diringkaskan oleh Dr. Miqdad Yalchin sebagai mengandungi aspek-aspek berikut. “pertama,sifat semulajadi yang dimiliki seseorang.kedua, sifat yang di milki seseorang melalui latihan dan sebagainya yang akhirnya sebati dan menjadi tabiat.ketiga , dimensi batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentuk kelakuan”. Menurut Dr. Maiqdad Yalchin (1986), “ akhlak dalam islam bukan sekadar rupa batin dank kelakuan indah menurut estetika yang sering bersifat subjektif dan nisbi, tetapi ia menurut ukuran ilmu akhlak yang membincang sesuatu perlakuan secara terperinci dari segi motif , kaedah ,matlamat dan kesan sesuatu dalam jangka masa pensek dan panjang. Akhlak ialah prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur perlakuan , kaedah yang ditentukan oleh wahyu,membatasi (membentuk) hubungan dengan orang lain sehingga mencapai matlamat kewujudannya di dunia ini secara yang paling sempurna.”
Konsep akhlak
Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut. Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk.

Dari sini ternyata kedudukan akhlak dalam kehidupan manusia sehingga di kalangan orang yang tidak bermoral mereka merasakan perlu adanya suatu akhlak yang diakui bersama oleh mereka supaya dapat mengatur kehidupan yang lebih baik menurut pandangan mereka.

Islam merangkumi aqidah, dan syariat itu mengandungi roh akhlak. Akhlak adalah roh kepada risalah Islam sementara syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut. Ini bererti Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Islam itu akhlak yang baik". Begitu juga sabda Baginda yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia."



Pengertian moral.
Moral berasal daripada perkataan perkataan greek, iaitu ‘mores’ ayau daripada jama’ iaitu ‘mos’ yang membawa maksud adat atau kebiasaan. Ia merupakan idea yang yang umum ,boleh diterima oleh sesuatu masyarakat tentang sesuatu tingkah laku yang baik dan yang buruk oleh manusia. Dalam erti kata lain, moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat. Yang baik ialah segala yang dikenalpasti oleh etika sebagai baik.
           Ini beerti bahawa moral itu adalah kod tingkah laku yang terdiri daripada nilai adat dan aspirasi yang telah diterima oleh sesuatu masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku yang baik atau jahat yang menunjukkan kehidupan individu dan masyarakat.( ahmad mohd salleh,2002)
Menurut kamus pelajar baru (1989), moral dikenal sebagai ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan. Moralis bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan. Oleh itu, moral boleh di takrifkan sebagai tingkah laku atau amalan yang sejajar dengan tatasusila dan undang-undang masyarakat.
Istilah moral merangkumi sifat-sifat baik seperti baik hati,belas kasihan,tolong-menolong ,bersih,berani, adil dan sebagainya.
Keadaan-keadaan  berikut dapat menunjukkan dengan lebih jelas lagi pengertian moral ( N.Rajendran dan rakan : 1994):
1.    Ia bermaksud kawalan tingkah laku yang berlandaskan kriteria-kriteria yang dihayati serta diamalkan oleh seseorang itu. Larangan atau sekatan dari luar yang diterima dengan fahaman (iaitu mengapa sesuatu tindakan tidak boleh dilakukan) dalah sesuatu yang dianggap bermoral.
2.    Seseorang individu juga dikatakan bemoral jika dia berupaya menentang keinginan untuk melakukan sesuatu yang dianggap salah. Sebalik nya, seseorang yang tidak menahan keinginan itu tetapi terus bertindak untuk mencapai niatnya yang menentang norma-norma bermasyarakat dikatakan tidak bermoral.
3.    Istilah moral akan merujuk kepada peraturan-peraturan yang diterima secara rasional. Dalam keadaan ini,tingkah laku bermoral adalah berdasarkan suatu keputusan moral yang melibatkan pertimbangan tentang apa yang dikenali sebagai tindakan yang betul. 
Dari semua definisi tentang moral diatas,jelas bahawa sesuatu tingkah laku itu menghasilkan sesuatu yang baik dan diterima oleh ahli-ahli masyarakat.
Konsep moral
Konsep moral dikenali menekankan aspek-aspek kerohanian , kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberikan kepada pemupukan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama ,tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia ,sejajar dengan nilai-nilai murni sarwajagat.
      Setiap masyarakat mempunyai adat resam, tatasusila atau tatahukum dan peraturannya sendiri. Peraturan-peraturan sosial masyarakat ini ada secara tercatat atau tersirat dalam sosial budaya setiap kaum itu dan biasanya digunakan sebagai pengukur kemurnian individu itu dalam masyarakat. Ia teemasuklah sikap amanah,kejujuran,kesucian dan sebagainya. Dorothi emmet (1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepda tatasusila, adat kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkah laku. James hemming (1980) menyatakan bahawa peraturan-peraturan masyarakat mestilah diterima sebagai fakta-fakta kehidupan sosial masyarakat. Ia merupakan garis
panduan atau batasan dalam pergaulan dan hubungan satu sama lain.
Tingkah laku bermoral dapat dilihat dalam keadaan-keadaan berikut ( koo kee peng dan rakan : 1990):
1.    Ia merujuk kepda penentangan  terhadap sesuatu keinginan atau penahanan suatu tingkah laku yang dianggap salah atau tidak patut dilakukan.
2.    Ia merujuk kepada tingkah laku yang berdasarkan peraturan –peraturan atau prinsip-prinsip yang diterima secara rasional.
3.    Ia merujuk kepada tingkah laku yang berdasarkan suatu keputusan moral yang melibatkan pentafsiran tentang apa yang dikatakan tindakan yang betul.
4.    Ia merujuk kepada kawalan tingkah laku yang berdasarkan standard-standard yang di hayati dan diterima oleh masyarakat.

Perbezaan antara akhlak dan moral
Berdasarkan kepada aspek-aspek akhlak dan moral yang telah dikemukakan,jika diperhatikan dengan penuh ketelitian bahawa secara umumnya,kedua-dua perkara ini mempunyai perbezaan kerana akhlak itu mempunyai kaitan dengan agama. Oleh itu kedudukannya amat penting dalam islam, sehingga ia dihubungkan dengan iman dan ibadat. Jadual di bawah menunjukkan tentang perbezaan akhlak dan moral.






akhlak
moral
Berasal dari perkataan arab jamak dari khuluq,bermaksud tabiat,tingkah laku.
Berasal dari perkataan latin iaitu moralis.
Teori dan diterjemah melalui perbuatan
praktik
Merujuk kepada kelakuan atau watak
Merujuk kepada sifat-sifat luhur.
Menekankan autoriti wahyu disamping tidak menolak akal.
Bergantung kepada akal
Bersifat tetap dan tidak berubah-ubah mengikut masa dan tempat.
Bersifat tidak tetap dan berubah di setiap mengikut masa,tempat dan keadaan.
Bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah.
Bertujuan untuk mendapat keredhaan manusia sahaja.
Bersifat universal dan boleh diterima umum.
Bersifat khusus dan hanya boleh diterima oleh masyarakat setempat sahaja.























ANTARA CONTOH PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL
1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat. Seandainya mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza dengan moral, jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak.

2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi suatu lumrah bai masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat perkara ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak.
3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini dibolehkan dalam sistem moral.


Kesimpulannya , bahawa moral menjalinkan hubungan antara manusia dengan manusia yang lain manakala akhlak adalah cara hubungan manusia dengan tuhan. Tetapi kedua-dua nya mempunyai persamaan dari segi tujuan dan matlamatnya.





Unsur-unsur akhlak islamiyah.
1.    Rabbaniyah
Akhlak Islamiyah nilai-nilainya datang dari Allah(swt) pencipta semua alam,termasuk manusia itu sendiri. Ciptaan-nya yang merangkumi system akhlak ini pasti kemas dan sesuai.
2.    Syumul
Akhlak islam sempurna dan menepati setiap sapek kehidupan manusia.
3.    Mutakamil
Akhlak berkait rapat antara satu unsure akhlak dengam unsur yang lain. Semua unsur akhlak islam bersepadu dalam bentuk yang sebenarnya boleh membina kekuatan yang hebat kepada umat islam.

Kepentingan akhlak
Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk perbuatan manusia dan apa sahaja yang lahir dari perbuatan manusia itu sendiri,bahkan segala tindak tanduk manusia sesuai dengan dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya. Perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan yang ada didalam hatinya. Ertinya baiknya sesuatu perbuatan apabila baik akhlaknya baik. Firman Allah yang bermaksud “negeri yang baik , tanah yang subur, mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya yang baik pula dengan izin tuhannya. Negeri yang tidak subur tanahnya menghasilkan pula tumbuh-tumbuhannya dengan bersusah payah.” (al-a’raf:58)


Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang tidak bernyawa. Oleh itu salah satu misi yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah membina kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu ekoran penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng.
Hal ini juga berlaku pada zaman jahiliyyah yang mana akhlak manusia telah runtuh berpunca daripada mewarisi perangai umat yang terdahulu dengan tradisi meminum arak, membuang anak, membunuh, melakukan kezaliman sesuka hati, menindas, suka memulau kaum yang rendah martabatnya dan sebagainya. Dengan itu mereka sebenarnya tidak berakhlak dan tidak ada bezanya dengan manusia yang tidak beragama.
Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka. Umpamanya seseorang itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa, melakukan kezaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi ahli syurga.
Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ianya lambang kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya."

Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di atas dijelaskan dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-Quran seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah yang seperti di Madinah pada zaman Rasulullah saw.

Ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan menyebabkan berlaku pelbagai krisis dalaman dan luaran seperti krisis nilai diri, keruntuhan rumahtangga, masyarakat belia yang mundur dan boleh membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Presiden Perancis ketika memerintah Perancis dulu pernah berkata : "Kekalahan Perancis di tangan tentera Jerman disebabkan tenteranya runtuh moral dan akhlak."
Pencerminan diri seseorang sering digambarkan melalui tingkah laku atau akhlak yang ditunjukkan. Malahan akhlak merupakan perhiasan diri bagi seseorang sebagaimana aqidah merupakan tunjang agama, syariat merupakan cabang dan rantingnya manakala akhlak adalah yang mewarnai seperti bunga-bungaan yang menyerikan hiasan pokok tersebut.
Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan wang ringgit Ia wujud di dalam diri seseorang hasil daripada didikan kedua ibu bapa atau penjaga serta pengaruh dari masyarakat sekeliling mereka. Jika sejak kecil kita didedahkan dengan akhlak yang mulia, maka secara tidak langsung ia akan mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari hinggalah seterusnya.

Proses pembentukan sesebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Kalau dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh asas yang dibina maka tegaklah masyarakat itu. Jika lemah maka robohlah apa-apa sahaja yang dibina di atasnya.

Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika memulakan pembentukan masyarakat Islam. Sheikh Mohamad Abu Zahrah dalam kitabnya Tanzim al-Islam Li al-Mujtama' menyatakan bahawa budi pekerti atau moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang berhati bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan.

Pembentukan akhlak

Pembangunan akhlak dari islam dimulai denagan pengukuhan akidah melalui syahadat bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu rasulullah. Pengucapan syahadat sebagai suatu proses pembentukan akhlak bergandingan dengan tujuh syarat mustahak dipenuhi seperti mana yang disebut oleh syeikh yusuf al-badri (1986):
a)     Ilmu yang menafikan kejahilan
b)    Kecintaan kepada Allah swt menafikan kecintaan kepada yang lainnya.
c)    Keyakinan yang menafikan keraguan
d)    Penerimaan yang menafikan penolakan
e)    Kepatuhan yang menidakkan keingkaran
f)     Keikhlasan yang menafikan kesyirikan
g)    Kejujuran yang menafikan sifat yang mendustakan
Pemantapan kalimah tauhid ini bermakna pendidikan membentuk pemikiran , perasaan serta penanaman nilai-nilai keimanan yang dinyatakan oleh rasulullah saw sbagai 60 atau 70 lebih cabang dalam diri umat islam.
Dalam konteks pembangunan  akhlak, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seseorang muslim ialah memastikan dirinya bersih daripada kekufuran atau tanda-tanda kekufuran kepada Allah   swt dan Rasulnya , iaitu sama ada menafikan perkara asas agama, atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Kemudian, dia harus memastikan dirinya terlepas daripada sifat-sifat kemunafikan, sama ada yang bersifat tanggapan mahu pun bersifat amalan. Seorang muslim juga perlu membersihkan dirinya daripada kefasikan dan penderhakaan kepada Allah swt. Setiap muslim mesti menghindarkan diri daripada kebejatan lahir dan batin.
Muslim juga perlu membersihkan diri daripada bid’ah dalam iktikad atau dalam perbuatan serta segala akidah yang menyalahi akidah ahli sunnah wal jamaah. Setiap orang muslim juga perlu membebaskan diri daripada syirik dan sifat riak dan semua penyakit-penyakit hati seperti ujub, takabur, dengki dan sebagainya.
Akhlak adalah sesuatu perilaku yang boleh diubah dan dibentuk, contohnya Saidina Umar al-Khattab, sebagaimana keadaan beliau semasa berada di zaman jahiliyyah berbanding keadaannya sesudah memeluk agama Islam. Dari sini dapat disimpulkan bahawa akhlak merupakan sesuatu yang semulajadi tetapi ianya perlu dibentuk. Terdapat beberapa cara untuk membentuk dan membina akhlak mulia. Antara cara-cara itu ialah melalui :
a) Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak
Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorak manusia menjadi seseorang yang beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Tidak akan sempurna iman seseorang jika tidak disertai oleh akhlak yang baik. Contohnya dengan melaksanakan segala perintah Allah yang berupa ibadah kerana kesemua perintah Allah tersebut bertujuan untuk membersihkan diri dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat terpuji.
Lantaran itu setiap ayat al-Quran menyeru manusia berbuat baik dan mencegah manusia daripada melakukan perbuatan mungkar. Biasanya didahului dengan panggilan "Wahai orang-orang yang beriman" kemudian barulah diikuti dengan perintah atau larangan. Iman yang teguh tetap memerlukan akhlak yang teguh. Jika berlaku kemerosotan akhlak di kalangan manusia, puncanya adalah kelemahan iman dan tertakluk kepada kefasikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seseorang.
Pendidikan iman bolehlah disimpulkan sebagai suatu pemulihan tenaga keimanan seseorang supaya dapat mempertahankan diri manusia daripada segala kerendahan dan keburukan serta dapat mendorong manusia ke arah kemuliaan.

b) Melalui Latihan dan Bimbingan Pendidik Berkualiti
Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah yang ditangani oleh ibu bapa. Selepas itu barulah berpindah ke peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi bagi pendidikan berbentuk formal. Ibu bapa seharusnya mempunyai keperibadian dan akhlak yang mantap sebagai pendidik dan pembinbing seperti lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan, sabar, lapang dada, istiqamah, berwawasan dan seumpamanya.
c) Mengambil Rasulullah saw Sebagai Contoh
Rasulullah adalah contoh teladan dan ikutan yang paling tepat bagi semua peringkat kehidupan. Bersesuaian dengan itu, Allah swt telah berfirman bahawa Nabi Muhammad saw diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak di kalangan mereka. Firman Allah yang bermaksud : "Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah saw itu contoh ikutan yang baik bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat serta sentiasa menyebut dan memperingati Allah dalam masa senang dan susah."

Contoh-contoh akhlak Rasulullah saw :
1. Akhlak Rasulullah saw dengan Allah swt
           Mengabdikan diri setiap detik dan masa kepada Allah dengan penuh kepatuhan, ketaatan, kecintaan dan kesyukuran yang tidak berbelah bagi terhadap Allah di samping redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah kepadanya.
           Melaksanakan kewajipan yang wajib atau difardhukan serta amalan-amalan sunat seperti bangun malam mengadakan Qiyamullail, berpuasa sunat, zikir, istighfar, doa, tasbih, tahmid dan sebagainya.
2. Akhlak Rasulullah saw dengan sesama manusia
           Akhlak Rasulullah saw meliputi aspek kekeluargaan, soaial, ekonomi, politik dan sebagainya. Dari aspek kekeluargaan, Rasulullah saw berjaya mewujudkan suasana yang harmoni dan Rasulullah saw pernah bersabda : "Rumahku adalah syurgaku."
           Rasulullah saw merupakan seorang yang bertanggungjawab, sentiasa memberi kasih sayang, berlemah lembut dan bertolak ansur terhadap semua ahli keluarganya.
           Rasulullah saw juga selalu berbincang dengan para sahabat dan menghargai pandangan yang diberikan oleh mereka.
           Begitu juga akhlak dan sikap Rasulullah saw terhadap orang bukan Islam iaitu menghormati mereka, bersopan santun dan memberi haknya kepada mereka terutama dari segi kejiranan. Contohnya kisah baginda dengan seorang wanita Yahudi (jirannya) yang akhirnya wanita Yahudi tersebut telah memeluk Islam atas keprihatinan, kesabaran dan kemuliaan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah saw.
3. Akhlak Rasulullah saw dengan makhluk lain.
           Rasulullah saw begitu peka dan prihatin terhadap makhluk yang lain seperti haiwan, tumbuha-tumbuhan dan alam sekitar.
           Rasulullah saw menasihati umatnya supaya berlaku ihsan kepada haiwan dan binatang ternakan serta tidak menzalimi atau menyiksa mereka. Demikian juga tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.


Kategori akhlak
Akhlak islamiah bukanlah seperti yang digambarkan oleh sesetengah orang sebagai akhlak keagamaan yang tergambar dalam menunaikan upacara-upacara peribadatan, tidak lebih dari itu. Maka barang siapa yang berpuasa , solat menunaikan haji, tidak minum arak adalah manusia yang soleh sekalipun dia berlaku zalim terhadap orang-orang yang lemah.kepada fakir miskin mesia-siakan hak masyarakat. Andainya benar konsep seperti ini mengikut ukuran agama-agama lain, maka sama sekali tidak dapat diterima dalam ukuran agama Islam.( yusuf qardawi :1983)
Dr. Abdullah Darraz dalam kitabnya Dustur al-Akhlak fil quran telah mengklasifikasikan akhlak amaliah Islam kepada lima kategori:
1)     Akhlak Fardiyyah (Individu)
2)    Akhlak Usariyyah (Kekeluargaan)
3)    Akhlak Ijtimaiah (Kemasyarakatan)
4)    Akhlak Diniyah (Agama)
5)    Akhlak Daulah (Negara)
Berikut dihuraikan satu- persatu bagi setiap kategori akhlak.
-Akhlak Fardiyyah (Individu)
a) Akhlak Terhadap Penjagaan Tubuh Badan
sabda nabi “sesungguhnya terhadap badan mu, engkau mempunyai kewajipan”
b) Akhlak Terhadap Akal Fikiran Supaya Berfikir Tentang Kejadian Dan Ciptaan Allah.
Firman ALLAH yang bermaksud “katakana lah wahai Muhammad : aku hanyalah mengajar dan  menasihati kamu dengan satu perkara sahaja iaitu hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua atau seorang diri kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya. (surah saba’ : 45)
c) Akhlak terhadap keperluan makan dam minum supaya tidak melakukan pemborosan. Firman Allah swt “ dam makanlah seta minumlah an janganlah pula kamu melampau ,sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas”.
d) Akhlak terhadap tazkiyyah an-nafs (pembersihan jiwa). Firman Allah swt : “sesungguhnya berjayalah orang yang mensucikan dirinya (dengan iman dan amal kebajikan ) dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.
2)Akhlak Usariyyah (Kekeluargaan)
Antara perkara yang termasuk dalam akhlak kekelurgaan ialah:
a)    Akhlak terhdap perhubungan suami isteri. Firman Allah : “. dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) Karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” Surah an-nisa’ : 19
b)    Akhlak ibubapa terhadap anak. Firman Allah “  Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala).
c)    Akhlak anak terhadap ibubapa. Firman Allah “ 15.  Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia Telah dewasa. (Surah Al-ahqaf:15)
d)    Akhlak terhadap kaum kerabat. Berbuat  baik dan memberikan hak mereka yang sepatutnya. Firman Allah “90.  Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat,” surah an-nahl :90


3)  Akhlak Ijtima’iyyah (Kemasyarakatan)
a)  Akhlak terhadap pergaulan dalam masyarakat. Firman Allah “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” Surah an-nur :27
b) Akhlak dalam kegiatan ekonomi supaya terhindar daripada penipuan. Firman Allah “1 Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang
         2. (Yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka            minta dipenuhi,
              3.Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka        mengurangi.
Surah al-Mutaffifin : 1-3
c) Akhlak terhadap pergaulan pergaulan dalam masyarakat umum , supaya menjaga maruah masyarakat. Firman Allah “.  Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri[1409] dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman[1410] dan barangsiapa yang tidak bertobat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim. Surah al-Hujurat : 11
d ) Akhlak terhadap masyarakat umum supaya terhindar daripada perbuatan prasangka buruk dan umpat keji. Firman Allah “12.  Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” Surah al-Hujurat : 12

4) Akhlak Diniyyah (Keagamaan)
Akhlak keagamaan adalah khusus merupakan hak Allah swt. Termasuk dalam akhlak yang berhubungkan dengan tanggungjawab manusia selaku hamba dan khalifah Allah dibumi ini dan merupakan hak Allah. Firman Allah “.  Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
     3.  Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
     4.  Yang menguasai[4] di hari Pembalasan.
      5.  Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan Hanya kepada Engkaulah kami    meminta pertolongan
    6.  Tunjukilah kami jalan yang lurus.

5) Akhlak Daulah (Negara)
a) Akhlak dalam tanggungjawab amanah dan berlaku adil. Firman Allah “.  Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.” Surah an-nisa’: 58
b) Akhlak dalam mentaati perintah. Firman Allah “ Wahai orang yang beriman,taatilah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan  kepada ulil-amri (orang yang berkuasa).” Surah an-Nisa’:60






Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak (Halangan Dalam Pembentukan Akhlak)

a) Persekitaran
Faktor persekitaran banyak mempengaruhi pembentukan peribadi seseorang. Antaranya ialah :
    - Individu yang hidup dalam keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup yang berakhlak, maka jiwanya akan terdidik dengan tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang tidak baik.
    - Kehadiran teknologi canggih dalam media massa sama ada bercetak atau elektronik juga sedikit sebanyak memberi kesan dalam pembentukan akhlak seseorang iaitu melalui adegan-adegan ganas dan berunsur seks yang boleh merosakkan jiwa mereka.
    - Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling juga merupakan faktor yang membentuk keperibadian dan akhlak seperti tingkah laku, tutur kata dan cara bertindak.
    - Permasalahan keluarga yang melibatkan ibu bapa contohnya pergaduhan dan perceraian boleh membawa kepada permasalahan sosial seperti lari dari rumah, menyertai rakan sebaya mahupun kumpulan yang rosak akhlaknya sehingga membawa kepada pergaulan bebas, perzinaan, pengambilan dadah, pelacuran (bohsia) dan seumpamanya.
    - Budaya masyarakat yang cenderung ke arah liberalisme juga membawa masyarakat kini mudah terjeba dengan budaya rock, rap, lepak dan seumpamanya.
b) Nafsu
Nafsu adalah anugerah Allah swt kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati dengan diri manusia yang melaksanakan hasrat nafsu manusia. Manusia yang terlalu menurut kehendak nafsunya akan terdorong untuk melakukan keburukan. Seandainya nafsu tidak dapat dikawal, sudah asti boleh menghilangkan maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah masyarakat dan membawa kepada kemungkaran sebagaimana berlaku dalam masyarakat kini.
c) Syaitan
Satu lagi musuh ghaib yang sentiasa mendampingi manusia dengan memperalatkan nafsu manusia iaitu syaitan. Fungsi syaitan adalah sebagai agen perosak akhlak manusia berlaku sejak Nabi Adam a.s. dan berterusan hingga ke hari kiamat.
Kesimpulannya setiap manusia yang hidup terpaksa menghadapi ujian dan cubaan hidup dalam usaha melatih diri menjadi manusia yang berakhlak dan bersedia menghadapi segala rintangan.


Cara-cara mengatasi dan memperbaiki akhlak :
    - Menguatkan nilai-nilai aqidah dan keimanan dalam jiwa.
    - Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang membangkitkan atau menguatkan syahwat dan hawa nafsu yang menjadi punca segala sifat buruk dan keji.
    - Mempelajari huraian atau penjelasan al-Quran dan Hadith serta penafsirannya oleh para ulama mengenai akhlak terpuji untuk membersihkan jiwa.
    - Melatih diri membiasakan perbuatan-perbuatan baik seperti ibadah berupa solat, puasa dan lain-lain dan menjauhkan diri daripada segala perbuatan buruk dan keji.
    - Berkawan dan berjiran dengan orang-orang yang berakhlak mulia kerana kawan atau jiran memberi kesan atau pengaruh dalam pembinaan akhlak seseorang.
    - Mempelajari kehidupan para nabi, sahabat, ulama atau auliya dan menjadikan kehidupan mereka sebagai contoh teladan dalam kehidupan kita.
    - Dalam segala tindak tanduk kita hendaklah sentiasa mengikuti dan menggunakan akal fikiran dan janganlah mengikut perut dan hawa nafsu kita.
    - Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah swt agar dilengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan mendapatkan perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Akhlak Muslim ( Antara Sifat Mahmudah)
a)    Akhlak terhadap Allah
1)    Amanah
  Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap manusia. Ia adalah asas ketahanan umat, kestabilan Negara,kekuasaan , kehormatan dan roh kepada keadilan.
Firman Allah swt, “ maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya”.surah al-baqarah : 283
2 ) Ikhlas
Ikhlas adalah sebagai satu acuan dalam melaksanakan ibadah dan perbuatan. Firman Allah swt, “padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya”.
Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat akam mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikab dunia dan akhirat , bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan , persaudaraan , perdamaian , dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
“ bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri ( berada dalam kumpulan ) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itu lah pelita hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang zalim”.

3)Berdisiplin
Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai dengan lebih cepat lagi. Dengan disiplin seseorang itu akan dapar menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.

Sifat Mazmumah
Sifat mazmumah ialah sifat yang dikeji dan dibenci oleh Allah dan semua manusia. Sesiapa yang berakhlak dengan sifat mahmudah ini akan dibenci dan dikeji oleh Allah dan manusia disekelilingnya.
1)    TAKABBUR. Memandang dirinya lebih mahir dan orang lain rendah serta hina. Merasakan pendapatnya sahaja yang betul. Orang yang seperti ini akan mendapay azab pedih oleh Allah swt diakhirat kelak kerana sifat takabur ini adalah sifat Allah.
2)    HASAD DENGKI. Ingin nikmat yang diperolehi oleh orang lain atau berpindah kepadanya dan berdukacita apabila orang lain mendapat kesenangan. Orang seperti ini amalannya akan terhapus dengan begitu sahaja seperti api membakar sekam. Hidupnya akan menjadi sia-sia sekiranya dia tidak bertaubat.
3)    RIAK. Memperlihatkan atau menunjukkan amalan kepada orang lain. Semata-mata hanya kerana manusia, amalannya akan menjadi sia-sia saja. Kita sebagai orang yang beriman perlu ingat bahawa amalan kita hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah didunia dan diakhirat. Jika kita melakukan amal ibadat kita semata-mata untuk mendapat keredhaan manusia maka sia-sialh amalan tersebut.
Akhlak rasulullah
 Akhlak rasulullah saw adalah sebagia model akhlak-akhlak mulia yang dihurik dan yang dijelaskan dalam al-quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-quran, bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh penghayatan dan kaedah yang perlu dipraktikkan ialah sebagaimana kehidupan rasulullah saw dan para sahabat.
Firman Allah swt yang bermaksud: “ demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri rasulullah itu contoh ikutan yang baik”. Surah al-Ahzab;21
Rasulullah saw seorang mukmin yang terulung. Baginda telah diasuh dan dipelihara akhlaknya oleh Allah swt. Dijadikan seorang rasul dan contoh manusia yang sempurna yang menjadi ikutan sepanjang zaman. Allah telah berfirman yang bermaksud, “dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sumgguh agung”. al-Qalam : 4
Nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh rasulullah saw kepada keluarga , para sahabat dan umatnya sebagai menyambut perintah Allah swt sebagaimana dalam al-Quran bertyujuan untuk membina da membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalm pergaulan sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama islam dan bukan isalm hendaklah dalam keadaan wajah berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam senyuman. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud : “melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah.” Riwayat at-tarmizi.
         Rasulullah dan para sahabat yang beiman dengan nya adalah para hamba Allah swt yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu’ merendah diri kepada Allah swt takut dam mengharapkan kepada-Nya bertawakkal serta bersyukur kepadanya. Pada malam hari mereka bagaikan rahib meminta ampun daripada Allah. Pada siang hari mereka bagaikan singa berjuang untuk menegakan agama Allah.
          Rasulullah saw paling banyak beribadat dan paling bertaqwa tanpa melupakan tanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. Saidatina aisyah berasa hairan dengan rasulullah lalu dia bertanya kepada rasulullah mengapa baginda begitu tekun beibadat sedangkan Allah sedia mengampunkan dosa-dosa baginda samaada yang terdahulu dan terkemudian. Rasulullah bersabda “ tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur” riwayat bukhari dan muslim.
Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah swt. Bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah swt kemuncak daripada tujuan beribadah.
RASULULLAH SEBAGAI QUDWATUN HASANAH
1)Rasulullah seorang yang suka memaafkan kesalahan orang lain. Sebagaimana dalam hadis yang direkod oleh imam tirmizi “ dari Aisyah r.a meriwayatkan, maksudnya “ rasulullah saw bukanlah orang yang keji dan beliau tidak penah melakukan perkara yang keji. Beliau tidak pernah berteriak –teriak di pasar. Beliau tidak mpernah membalas keburukan dengan keburukan  ; beliau selalu memaafkan dan bersikap lapang dada.”
2) Rasulullah tidak pernah menangguhkan kerjanya. Anas bin malik pernah meriwayatkan, maksudnya : “ nabi saw tidak pernah menyimpan sesuatu pun untuk esok hari.”