Monday, March 28, 2011

ikhwan sejati

Bismillahirrahmaanirrahiim......
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......

Seorang remaja bertanya pada ibunya: Ibu, ceritakan padaku tentang ikhwan sejati.......
Sang Ibu tersenyum dan menjawab.......

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang gagah, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya....

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa ...
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah... 
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari banyaknya akhwat yang memuja, tetapi komitmennya terhadap akhwat yang dicintainya...
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia mengahdapi lika-liku kehidupan...
Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca Al-Quran, tetapi dari istiqamahnya dia menjalankan apa yang ia baca...
....setelah itu, ia kembali bertanya...

" Siapakah yang dapat memenuhi kriteria seperti itu, Ibu ?"

Sang Ibu memberinya buku dan berkata.... "Pelajari tentang dia..." ia pun mengambil buku itu
"MUHAMMAD", judul buku yang tertulis di buku itu.

^_^ I luv my mom! do u luv ur mom?:)

Saturday, March 26, 2011

doa seorang kekasih

khas untuk sahabat-sahabat sekalian.......



Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Friday, March 25, 2011

aku perlukan sesuatu....

assalamualaikum.....apa khabar iman dan taqwa sahabat2 sekalian...moga2 Allah Taala merahmati kita dan meredhai kehidupan seharian kita. Al-hamdulillah  kita masih diberikan kesempatan dan waktu untuk kita menjalani hidup ini dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah ini..




   hari ini,ana terasa pelik dan x pasti...hati ana meracau-racau entah apa sebabnya.....asyik terbayangkan sesuatu yang ana rasa ana tidak dapat memilikinya...ana perlukan waktu untuk semua ini...sedangkan ana mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dari perkara tersebut....mengapa hati ana ini masih belum dapat menerima kenyataan tersebut...ana bingung.....


   firman Allah Taala dalam surah al-baqarah,ayat 216,juz kedua...""Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui"....ana berpegang dengan firman Allah ini..jadi ana fikir x elok jika ana meragui apa yang telah Allah Taala tetapkan untuk kita...kata ustaz azhar idrus:ragu dengan apa yang Allah turunkan adalah seperti ragu dengan Allah sendiri.....masyaAllah.....bergetar hati ana ini.....






  Banyaknya kesalahan yang ana belum tebus lagi dengan Allah.....hubungan dengan Allah masih lagi belum tergantung.....tanggungjawab terhadap keluarga ana.....dengan rakan-rakan ana....mengapa hati ini beriya-iya mencari hubungan sesama makhluk......bagaimana pula tanggungjawab ana terhadap ISLAM.....


    ya Allah,bantulah hamba mu ini.....tetapi kata HAMKA .."Apa yang ada pada kita ini adalah harapan"...apabila direnungkan ..menjadi hamba yang bersyukur adalah lebih tinggi darjatnya daripada orang yang sabar...kerana banyak orang yang boleh bersabar tetapi sedikit sahaja orang bersyukur......


jadi disini ana nak mohon kepada sahabat-sahabat sekalian,cadangkan kepada ana sesuatu yang boleh membuatkan ana lupa perkara itu...kerana hati ana rasa sakit sangat apabila memikirkan perkara tersebut....ana bukan seorang  yang pengecut untuk menghadapi semua tribulasi dan mehnah dunia ini...cuma ana perlukan ruang untuk ana tidak terlalu memikrkan hal itu.....hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasa hati ini....




assalaamulaikum.....

Thursday, March 17, 2011

7 perkara ganjil yang dialami oleh seorang penggali kubur

pada suatu hari, terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. tetapi pada suatu hari, pemuda itu berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah dan menyatakan kekesalannnya dan ingin kembali bertaubat kepada Allah.Dan dia berkata "sepanjang aku menjadi penggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.lantaran itu, aku bersa insaf diatas segala kesalahan ku itu...




    
         pertama: aku melihat seorang mayat yang pada siang harinya,muka nya menghadap kiblat. Apabila aku menggalinya semula pada waktu malam,wajahnya telah membelakangi kiblat.Mengapa terjadi begitu wahai tuan guru?"tanya pemuda itu. Lalu ahli ibadat itu menjawab:'wahai anak muda, mereka itulah golongan yang mensyirikkan ALLAH pada waktu hidupnya...maka Allah menghinanya dengan memalingkan wajahnya dari menghadap kiblat bagi membezakan dengan muslimin yang lain.'

       kedua: Golongan kedua yang aku lihat ialah wajah mereka sangat elok pada saat dimasukkan ke liang lahad tetapi apabila aku menggalinya semula kubur itu padawaktu malam...ku lihat wajahnya telah bertukar menjadi *****......mengapa terjadi begitu wahai tuan guru?,tanya pemuda itu...lalu ahli ibadat itu menjawab :"wahai anak muda,mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya...seseungguhnya solat itu tiang agama,jika sempurna solat kita maka sempurnalah amalan kita yang lain.....

      ketiga: pemuda itu menyambung lagi,:"wahai tuan guru,golongan ketiga yang ku lihat ialah pada siang harinya mayatnya kelihatan biasa sahaja,tetapi pada waktu malam hari ketika aku menggali kuburnya...ku lihat perutnya menggelembung....dan kluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya...jawab ahli ibadah:"mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram..."...

    keempat: tanya pemuda itu lagi...."wahai tuan guru,golongan kempat yang kulihat ialah jasadnya bertukar menjadi batu yang hitam pekat warnanya...mengapa itu terjadi?...jawab ahli ibadah itu:"wahai anak muda,mereka itulah golongan yang derhaka kepada kedua ibubapanya...seseungguhnya Allah tidak akan redha dengan orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya....".

    kelima:tanya pemuda itu lagi:"wahai tuan guru...golongan yang ku lihat ini mayatnya...kukunya amat panjang sehingga membelit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya....."..jawab ahli ibadah itu:"wahai anak muda,mereka itulah golongan yang gemar memutuskan tali silaturrahim semasa hidupnya ...mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa selama tiga hari..."...

  keenamnya: pemuda itu bertnya lagi:"pada siang hari,aku melihat lahadnya kering kontang...tetapi pada malam harinya...lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuknya baunya...mengapa ia terjadi begitu?."...jawab ahli ibadah itu:"mereka itulah yang memakan harta riba sewaktu hidupnya...

  ke tujuh: golongan terakhir yang ku jumpa ialah...aku lihat mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya......mengapa berlaku demikian pula wahai tuan guru.."tanya pemuda itu.jawab ahli ibadah itu:"mereka itulah golongan yang berilmu dan beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka....inilah golongan yang ALLAH redhai dan mendapat kemuliaan disisi Allah sewaktu hidupnya dan selepas matinya....



sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,semoga dengan sedikt perkongsian dari ana,moga kita dapt bersama muhasabah diri kita...membetulkan kembli segala keslahan kita.....dan kembli ke jalan yang ALLAH redhai....
sekian sahaja...wassalam....

Thursday, March 10, 2011

surat mintak izin KAHWIN AWAL.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di KELANTAN.


Puteramu,
Along

Wednesday, March 9, 2011

doa jodoh....

Ya Allah... 
Seandainya telah Engkau catatkan 
dia akan mejadi teman menapaki hidup 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami 
Agar kemesraan itu abadi... 

Dan ya Allah... 
ya Tuhanku yang Maha Pengasih 
Seiringkanlah kami melayari hidup ini 
Ke tepian yang sejahtera dan abadi 
Tetapi ya Allah... 
Seandainya telah Engkau takdirkan... 
Dia bukan milikku 
Bawalah ia jauh dari pandanganku 
Luputkanlah ia dari ingatanku 
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku 
Dan peliharalah aku dari kekecewaan 

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... 
Berikanlah aku kekuatan 
Melontar bayangannya jauh ke dada langit 
Hilang bersama senja nan merah 
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa 
bersama dengannya 

Dan ya Allah yang tercinta... 
Gantikanlah yang telah hilang 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah 
Walaupun tidak sama dengan dirinya 

Ya Allah ya Tuhanku... 
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu 
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan 
Adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau Maha Mengetahui 
Segala yang terbaik buat hambaMu ini 

Ya Allah... 
Cukuplah Engkau saja yang menjadi 
pemeliharaku 
Di dunia dan di akhirat 
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini 

Jangan Engkau biarkan aku sendirian 
Di dunia ini maupun di akhirat 
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan 
kemungkaran 
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang 
beriman 
Supaya aku dan dia dapat membina 
kesejahteraan hidup 
Ke jalan yang Engkau redhai 
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...