1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA BALING DI PERINGKAT
ANTARABANGSA
Permainan bola baling
berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah
diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia,
Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia
kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang.
Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan
dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di
Jerman.
Pada
tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu
jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga,
Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery
Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama
kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah
negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada
tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling
Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah
ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini
menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan
Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula
telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah
diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Antara negara yang
menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania,
Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea
adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah
memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki
telah memenangi pingat perak.
Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar
dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada
tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu pejabat
kesatuan ini ialah di Kuwait.
1.1SEJARAH
PERKEMBANGAN BOLA BALING DI MALAYSIA
Permainan bola baling
di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun
1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah
Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su
telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada
tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling
Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang
pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula
telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian.
Mulai tahun 1987,
permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang
dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan
dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah
Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek
kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah
disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu
permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama
Maktab mulai tahun 1985.
Di Malaysia, permainan
bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan
pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas
sebagai pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di
Universiti Malaya. Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang
dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan,
kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. sejak itu,
kursus-kursus bola baling untuk gurur-guru telah dijalankan untuk mempopularkan
permainan ini di kalangan pelajar sekolah.
|
|
|
Kejohanan Bola Baling
Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan wanita buat kali
pertama telah diadakan pada 2 jun 1982. kejohanan ini telah disertai 12 buah
pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti
Malaya. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah
didaftarkan secara rasmi pada 11 september 1982. persekutuan Bola Baling
Malaysia pula telah didafarkan secara rasmi pada 11 september 1982. Persekutuan
Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985. di
peringlat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling bagi melatih
guru dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan.
2.0 ALATAN BOLA BALING
2.1. GELANGGANG PERMAINAN
Gelanggang permainan berbentuk empat segi
tepat berukuran 40 meter panjang 20
meter lebar mengandungi 2 kawasan gol dan kawasan permainan (Rujuk 1.4 dan
peraturan 6). Garisan tepi yang panjang dikenali sebagai Garisan Tepi dan
garisan yang pendek dikenali sebagai Garisan Gol. Garisan Gol terdiri daripada
garisan di
antara dua tiang gol (intel goal line) dan
garisan kedua-dua belah tiang gol (outer goal line).
Gelanggang permainan
mesti mempunyai zon keselamatan berukuran sekurang-kurangnya 1 m sepanjang
garisan tepi dan 2 m sepanjang Garisan Gol.Gelanggang permainan tidak boleh
diubah yang mana akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pasukan.
1.2 Gol diletakkan di tengah-tengah Garisan Gol
dan mestilah diletak kukuh di atas lantai atau dinding.
1.Keluasan
ruang gol ialah 2 m tinggi dan 3 m lebar.
2.Palang
gol bersambung secara mendatar dengan tiang gol dan kedudukan bahagian depan
tiang gol diletakkan di atas Garisan Gol.
3.Tiang
dan palang gol mestilah berbentuk segiempat sama berukuran 8 cm dan dicat
dengan dua warna yang kontra daripada latar belakang. Biasanya warnayang
digunakan ialah merah-putih atau
putih-merah.
4.Gol
mestilah dipasang dengan jaring supaya bola berada di dalam gol selepas gol
dijaringkan.
1.3 Semua garisan dikira sebagai kawasan
permainan dan lebar atau tebal garisan ialah 5 cm kecuali garisan di antara dua
tiang gol (intel goal line) ialah 8 cm. Garisan di antara dua tiang gol (intel
goal line) boleh dicat dengan warna yang berbeza dengan garisan lain.
1.4 Kawasan di depan setiap gol dikenali sebagai
Kawasan Gol.
1.5 Kawasan Gol diilingkungi oleh Garisan Kawasan
Gol (Garisan 6 meter) yang ditanda seperti berikut:
1.Satu
garisan 3 meter dibuat selari dengan garisan gol berjejari 6 meter daripada
setiap tiang gol.
2.Dua
suku bulatan yang berjejari 6 meter (diukur dari bahagian dalam tiang gol). Kedua-dua suku
bulatan itu disambungkan dengan garisan lurus 3 meteryang selari dengan garisan
gol.
1.6 Garisan Balingan Percuma (Garisan 9 meter)
ialah garisan putus-putus yang dilukis 3 meter di luar Garisan Kawasan Gol
(Garisan 6 meter). Setiap garisan putus-putus dan ruang antaranya berukuran 15
cm.
1.7 Garisan 7 meter ialah berukuran 1 meter
panjang dibuat di hadapan gol. selari dan berjarak 7 meter dari Garisan Gol.
1.8 Garisan tengah disambung daripada titik
tengah kedua-dua garisan tepi.
1.9 Garisan Pertukaran Pemain (sebahagian dari
garisan tepi) dibuat 4.5 meter ke kiri dan kanan daripada garisan tengah
sepanjang 15 cm ke dalam dan luar garisan tepi.
Bola
2.2
BOLA
- Bola mestilah
dibuat daripada kulit atau bahan sintentik
- Ia berbentuk
sfera dan permukaannya mestilah tidak berkilat dan licin (17: 3)
- Untuk setiap
permainan, sekurang-kurang 2 biji bola disediakan dan bola kedua mesti
boleh diperolehi dengan segera di meja Penjaga Masa semasa permainan
dijalankan. Bola yang digunakan mesti memenuhi syarat mengikut peraturan No.
5 (Saiz Bola)
- Pengadil akan
menentukan bila bola kedua perlu digunakan. Dalam keadaan ini pengadil
mestilah mendapatkan bola dan mengelakkan masa hentian.
- Saiz bola : Ukur
lilit dan berat, digunakan mengikut kategori pasukan seperti:
-
Lelaki 16 tahun
ke atas: Saiz 3 (IHF): Berat
425 - 475 gm: Ukurlilit 58 - 60 cm
- Lelaki 14 - 16
tahun: Saiz 2 (IHF):
Berat 325 - 375 gm: Ukurlilit 54 - 56 cm
- Lelaki 8 - 12
tahun: Saiz 1 (IHF):
Berat 290 - 330 gm: Ukurlilit 50 - 52 cm
- Perempuan 14
tahun ke atas: Saiz 2 (IHF):
Berat 325 - 375 gm: Ukurlilit 54 - 56 cm
- Perempuan 8 - 14
tahun: Saiz 1 (IHF):
Berat 290 - 330 gm: Ukurlilit 50 - 52 cm
3.0KEMAHIRAN ASAS
BOLA BALING
Kemahiran asas dalam
permainan Bola Baling, terbahagi kepada lapan iaitu bermula dengan kemahiran
berlari, melompat, hantaran bola, menyambut bola, menggelecek bola dengan
tangan, mengadang, menjaring, dan menjaga gol. Kemahiran-kemahiran ini perlu
dipelajari dan dikuasai bagi setiap pemain Bola Baling sebelum boleh menjadi
seorang pemain Bola Baling yang profesional. Kemahiran asas dalam sukan Bola
Baling:
3.1 Kemahiran
hantaran
Kemahiran hantaran
terbahagi kepada lima iaitu:
i. Hantaran bahu
ii. Hantaran lantun
iii. Hantaran aras
dada
iv. Hantaran lompat
v. Hantaran sisi
Kemahiran menyambut
bola
Kemahiran menyambut
bola terbahagi kepada empat iaitu:
i. Menyambut bola aras muka
ii. Menyambut bola
rendah
iii. Menyambut bola
dengan sebelah tangan.
iv. Menyambut bola
tinggi.
3.2 Jaringan
lompat Cara jaringan yang lain
3.2.1Kemahiran
Menjaring
Kemahiran menjaring
amat penting bagi seseorang pemain bola baling bagi mendapatkan jaringan
seterusnya mencapai kemenangan. Kemahiran menjaring terbahagi kepada beberapa
jenis teknik dan cara iaitu:
i. Jaringan bahu
ii. Jaringan lompat
iii. Jaringan dive
iv. Jaringan rendah
3.3 Kemahiran
menjaga gol
Secara kesimpulannya,
permainan bola baling memerlukan pergerakan motor kasar dan halus yang tinggi.
Kekuatan otot amat penting bagi mencipta gerakan-gerakan yang pantas
untukmenbuat jaringan gol yang diperlukan. Kemahiran motor halus ibahagian jari
menvariasikan lagi jenis balingan dan arah ketepatan bola dihantar.
4. Undang-undang
permainan.
4.1MASA
PERMAINAN, ISYARATA TAMAT & MASA HENTIAN
4.1.1 MASA PERMAINAN
- Masa permainan
biasa bagi umur 16 tahun dan ke atas ialah 30 minit setiap
separuh masa dan masa rehat ialah 10 minit. (30 : 10 : 30)
- Masa permainan
biasa bagi kategori umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit
setiap separuh masa dan masa rehat ialah 10 minit. (25 : 10 : 25).
- Masa permainan
biasa bagi kategori umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit setiap
separuh masa dan masa rehat ialah 10 minit. (20 : 10 : 20).
4.1.2
MASA TAMBAHAN
- Sekiranya
keputusan seri setelah masa permainan sebenar telah berakhir dan pemenang
perlu ditentukan, maka masa tambahan akan dijalankan selepas 5 minit.
- Masa
tambahan ialah 5 minit bagi setiap
separuh masa dengan 1 minit rehat di antaranya.
- Jika masih seri,
maka pemenang akan ditentukan mengikut peraturan pertandingan kejohanan
berkenaan.
4.1.3
ISYARAT TAMAT
- Masa permainan
bermula dengan tiupan visel pengadil untuk balingan permulaan manakala
masa tamat permainan ditentukan oleh isyarat tamat automatik dari jam
gelanggang (PUBLIC CLOCK) atau penjaga masa
- Jika tiada
isyarat seperti di atas, maka kuasa tamat permainan sebenar ditentukan
oleh tiupan visel pengadil 1.
4.1.4 MASA
HENTIAN (TIME OUT)
- Pengadil akan
memutuskan bila dan berapa lama masa permainan akan diberhentikan.
- Masa Hentian
dimestikan bila:
- penggantungan 2
minit, pembatalan atau singkiran
- Balingan 7 meter
(Balingan Penalti)
- Masa hentian
pasukan diberikan.
- Kesalahan
penggantungan pemain atau balingan pemain melebihi jumlah yang dibenarkan
dalam gelanggang.
- isyarat visel
dari penjaga masa atau delegasi teknikal.
- Perbincangan
antara dua pengadil mengikut peraturan 17: 8 Masa Hentian biasa juga
diberikan mengikut situasi lain bergantung kepada keadaan (Rujuk
'Calarification No 2)
- Salah laku yang
berlaku semasa henntian adalah sama seperti yang berlaku dalam permainan
(16: 13 pernggan 1)
- Pengadil akan
memberikan isyarat kepada Penjaga Masa untuk memberhentikan dan memulakan
permainan berhubung dengan masa hentian.
- gangguan masa
permainan akan dimaklumkan kepada Penjaga Masa menerusi 3 tiupan pendek
dan isyarat tangan lengan (No 16)
- Wisel mesti
dibunyikan untuk menandakan permainan dimulakan selepas masa hentian tamat
(15: 36)
-
Setiap pasukan
akan diberikan sekali masa hentian setiap separuh masa selama 1 minit (Rujuk
'Clarification No. 3) dan sesebuah pasukan layak mendapatkan 'Time Out'
hanya ketika pasukan itu sedang mengawal bola dan bola akan
dimulakan oleh pasukan yang meminta 'Time Out' di tempat bola tadi
dihentikan.
4. 2
PASUKAN, PENGGANTUNGAN DAN PERALATAN
4.2.1
PASUKAN
- Setiap pasukan
mengandungi 12 orang pemain. Tidak lebih daripada 7 orang dan
minima 5 orang pemain berada dalam gelanggang. selebihnya adalah pemain
gantian.
- Sepanjang masa
permainan, salah seorang pemain mesti bermain sebagai penjaga gol. Penjaga
gol boleh bermain sebagai pemain gelanggang pada bila-bila masa
dan begitu juga pemain gelanggang boleh menjadi penjaga gol pada
bila-bila masa (Perturan A4, 4: 7)
- Pemain boleh
dimulakan dengan sekurang-kurangnya 5 orang pemain.
- Bilangan pemain
dalam sesebuah pasukan boleh ditambah sehingga 12 orang pada bila-bila
masa sepanjang permainan termasuk masa tambahan.
- Sekiranya semasa
permainan berlangsung, sesebuah pasukan telah dikurangkan "kurang
daripada 5 orang" permainan masih boleh diteruskan.
- Terpulang kepada
pengadil menentukan sama ada atau bila permainan seharusnya dihentikan/ditamatkan
(Rujuk 17:13). Keadaan berlaku setelah pasukan yang sama diberikan hukuman
seperti singkir, dibatalkan atau 2 minit. Berlaku kekurangan 5 pemain
dalam gelanggang - budi bicara pengadil.
4.2.2
PENGGANTIAN
- Semasa
permainan, sesebuah pasukan dibenarkan dengan maksima 4 orang pegawai berada
bersama dengan pasukan.
- Pegawai pasukan
yang didaftarkan (4 orang) tidak boleh digantikan seemasa perlawanan
berlangsung.
-
Salah seorang
daripada pegawai pasukan hendaklah dikenalpasti sebagai pengurus pasukan
yang bertanggungjawab dan dibenarkan untuk berurusan dengan penjaga masa,
pencatat dan apa keadaan tertentu dengan pengadil (Penjelasan No. 3
"Team Time Out").
- Pegawai pasukan
tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa permainan dijalankan.
- Pelanggaran
peraturan ini hendaklah dihukum sebagai tidak bersemangat kesukanan
(Peraturan 8:4, 16.1d, 16.3d dan 16.6b)
- Permainan
disambung semula dengan balingan percuma bagi pasukan lawan (Rujuk 13.1a -
b, Penjelasan No. 9)
- Seseorang pemain
atau pegawai pasukan berhak mengambil bahagian sekiranya mereka hadir
semasa permainan dimulakna dan namanya terdapat dalamborang pencatat.
- Pemain-pemain
dan pegawai pasukan yang hadir atau tiba selepas pemainan dimulakan
mestilah mendapat kebenaran untuk mengambil bahagian dari penmjaga masa
atau pencatat dan namanya mesti dicatat dalam borang pencatat.
- seorang pemain
berhak untuk mengambil bahagian secara prinsipnya boleh memmasuki
gelanggang permainan melalui Zon Pertukaran pasukan pada bila-bila
masa.
- Seorang pemain
yang tidak berhak mengambil bahagian akan disingkirkan
sekiranya ianya memasuki gelanggang permainan.
4.2.3
PERALATAN
- Kedua-dua
pasukan mestilah memakai pakaian yang berlainan warna. Semua dalam satu
pasukan hendaklah memakai pakaian yang sama warna kecuali penjaga
gol.
-
Penjaga Gol
kedua-dua pasukan hendaklah memakai pakaian yang berbeza warna dari
pasukannya dan pasukan lawan.
- Pemain-pemain
hendaklah memakai nombor 1 hingga 20 dan ukran ketinggian nombor
adalah 20 cm di bahagian belakang jersi dan 10 cm di hadapan jersi
yang dipakai.
- Warna nombor
pula hendaklah berbeza (kontras) dan jelas.
- Ketua Paukan
hendaklah memakai "arm band" berukuran 4 cm lebar.
- Kasut hendaklah
sesuai.
- Pemain-pemain
tidak dibenarkan memakai peralatan yang boleh membahayakan diri sendiri
atau pemain lain.
- Pemain yang
cedera seperti luka berdarah atau pun terdapat kesan darah pada pakaian,
mereka dihendaki meningggalkan gelanggang permainan dengan segera dengan
sukarela dan boleh digantikan dengan pemain lain. Kegagalan mematuhi
peraturan ini, pemain tersebut akan dikenakan hukuman kerana tidak
bersemangat kesukanan.
- Dalam hal
kecederaan pemain, pengadil boleh memberikan kebenaran kepada 2 orang
pegawai pasukan untuk memasuki gelanggang permainan semasa 'Time
Out".
4.3
PENJAGA GOL
4.3.1
Penjaga Gol dibenarkan
- menyentuh bola
dengan mana-mana anggota badan / tubuh bagi menghalang atau mengawal
golnya.
- boleh bergerak
ke mana-mana sahaja dengan bola dalam kawasan gol tanpa mengira langkah
dan had masa kecuali melengah-lengah permaian.
- keluar dari
kawasan gol tanpa bola dan melibatkan diri dalam permainan gelanggang
(semasa penjaga gol menjadi pemain gelanggang dan tertakluk kepada
peraturan dan undang-undang permainan sebagai pemain gelanggang). Penjaga
gol dianggap keluar dari kawasan gol jika mana-mana anggota tubuhnya
menyentuh gelanggang permainan yang terletak diluar garisan 6 meter.
- boleh keluar
kawasan dengan bola dan memainkannya semula di gelanggang permainan, jika
dia belum dapat mengawal bola.
4.3.2.
Penjaga Gol Tidak dibenarkan:
- membahayakan
pihak lawan semasa melakukan aksi menahan bola.
- dengan sengaja
membawa keluar bola dari kawasan golnya.
- menyentuh semula
bola yang dibalingnya sebelum disentuh oleh pemain luar / gelanggang.
- menyentuh atau
membawa masuk bola yang terhenti atau yang sedang bergolek di luar kawasan
gol semasa penjaga gol berada di dalam kawasan gol (tidak menjadi kesalah
jika penjaga gol menyentuh atau mengambil bola yang bergolek tadi jika dia
berada di luar atau keluar dari kawasan gol)
- memasuki kawasan
gol dengan bola.
- melintasi
garisan 4 meter. sebelum bola diolepaskan dari tangan pembaling semasa
balingan 7 meter (penalti) diambil.
4.4.
KAWASAN GOL
4.4.1
Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan masuk / berada dalam kawasan gol.
- Kawasan gol
termasuk Garisan Gol. Pemain gelanggang tidak dibenarkan menyentuh kawasan
gol dan juga Garisan Gol (Garisan 6 meter) dengan sebarang bahagian badan.
4.4.2
Pemain gelanggang memasuki kawasan gol, hukuman adalah seperti berikut:
-
Balingan Percuma
- apabila pemain masuk dengan membawa bola.
- Balingan Percuma
- pemain gelanggang masuk tanpa bola tetapi memberikan keuntungan kepada
pasukannya.
- Balingan 7 meter
- pemain gelanggang (pasukan bertahan) memasuki kawasan gol dengan tujuan
memusnahkan peluang lawan menjaringkan gol.
4.4.3
Pemain gelanggang masuk kawasan gol tidak dihukum jika:
- masuk selepas
memainkan bola dan tidak menimbulkan kerugian kepada pihak lawan.
- masuk kawasan
gol tetapi tidak memberikan keuntungan kepada pasukannya.
- masuk kawasan
gol kerana cuba bertahan dan tidak memeberikan kerugian kepada pasukan
lawan.
4.4.4
Bola dalam kawasan gol adalah hak penjaga gol. Pemain gelanggang tidak
dibenarkan menyentuh bola dalam keadaan:
- bola berhenti di
kawasan gol.
- bola bergolek di
kawasan gol.
- sedang dipegang
oleh penjaga gol.
- dibenarkan
menyentuh / memainkan jika bola di udara kecuali balingan gol sedang
dilakukan.
4.4.5
Pengjaga gol boleh memainkan bola apabila bola masuk kawasan setelah balingan
gol.
4.4.6 Permainan diteruskan jika keadaan mempertahankan bola, bola terkena
pemain pertahanan dan masuk ke kawasan golnya sendiri.
4.4.7
Jika pemain sengaja memainkan bola masuk ke dalam kawasan gol sendiri,
hukumnya:
-
Gol - jika bola
masuk ke dalam gol.
- Balingan Percuma
- jika bola berhenti dalam kawasan gol atau disentuh Penjaga Gol dan tidak
masuk kedalam gol.
- Balingan ke
dalam - jika bola keluar melepasi garisan gol (Peraturan 11.1)
- Permainan
diteruskan - jika bola itu melepasi kawasan gol tetapi masih berada dalam
kawasan gelanggang permainan tanpa disentuh Penjaga Gol.
4.4.8
Bola yang keluar dari kawasan gol ke kawasan gelanggang permainan boleh
diteruskan.
Nota:
Jika
mana-mana pegawai dari pasukan diberikan KAD MERAH, seorang pemain gelanggang
perlu dikeluarkan dan berada di bangku simpanan selama 2 minit (pegawai
berkenaan tidak dibenarkan berada di gelanggang permainan)
4.5.
MEMAINKAN BOLA
4.5.1
Seseorang pemain dibenarkan:
- membaling,
menangkap, menahan, menolak, memukul bola dengan menggunakan tangan
(tangan terbuka / gemgam), lengan, kepala, badan. peha dan lutut.
4.5.2
Memegang bola pada jangkamasa 3 saat.
4.5.3 Mengambil 3 langkah bersama bola. Langkah pertama dikira:
- Pemain berdiri 2
kaki di atas lantai dan kemuudian mengangkat sebelah kaki dan
meletakkannya kembali atau mengubah sebelah kaki ke tempat lain.
-
Pemain berdiri
sebelah kaki untuk menangkap bola kemudian menjatuhkan sebelah kaki lagi
ke lantai.
- melompat dengan
1 kaki dan kemudian mendarat lalu melompat dengan kaki yang sama atau
dengan kaki yang berlainan.
- Mendarat dengan
2 kaki kemudian mengangkat kaki dan meletakkannya semula atau menggerakkan
sebelah kaki ke tempat lain.
4.5.4 Semasa berdiri atau berlari:
- melantun bola
dan menangkap semula dengan satu atau dua tangan.
- melantun bola
beruilang-ulang dengan sebelah tangan (dribble) atau menggolek bola secara
berulang dengan sebelah tangan kemudian menangkapnya atau mengambil semula
dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan.
- apabila bola
telah dipegang dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan ia mesti
dimainkan dalam masa 3 saat atau tidak lebih dari 3 langkah (13.1a)
- melantun atau
menggelecek bola dikira apabila pemain menyentuh dengan mana-mana bahagian
badan dan menyentuh lantai.
- selepas bola
terkena pemain lain atau tiang gol, pemain dibenarkan menampan atan
melantun dan menangkap kembali.
4.5.5
Menghantar bola dari tangan ke tangan tanpa menghilangkan perhubungan pada masa
itu.
4.5.6 Dibenarkan menghantar bola dengan keadaan berlutut, duduk atau
baring di tanah.
Pemain
Tidak Dibenarkan:
4.7.7 menyentuh bola lebih dari sekali kecuali terkenan tanah
(lantun), pemain lain atau tiang gol.
-
"Fumbling
the ball is not penalized" tiada hukuman.
- Kegagalan pemain
mengawal bola semasa cuba menangkap atau menahan bola tidak akan dihukum.
- Sekiranya bola
telah atau dalam kawalan, pemain tidak boleh menyentuh bola.
4.7.8
Menyentuh bola di bahagian kaki di bawah lutut atau kaki atau dibaling dengan
sengaja oleh pihak lawan.
4.7.9 Permainan diteruskan sekiranya bola terkena referi di dalam
gelanggang.
5.0 STRATEGI
PERMAINAN
Terdapat
beberapa strategi permainan untuk bola baling ketika menyerang dan bertahan
diantaranya ialah:
i.
Serangan
(a)
Sistem 3 : 3
(b) Sistem 2 : 4
(c) Sistem 5 : 1
(d) Sistem 6 : 0
ii.
Bertahan
(a)
Sistem 6 : 0
(b) Sistem 5 : 1
(c) Sistem 4 : 2
Sistem serangan 5 : 1 oleh
Pasukan Kuning
Sistem bertahan 5 : 1 oleh Pasukan Ungu
Sistem
serangan 5 : 1 oleh Paukan Kuning
Sistem bertahan 4 - 2 oleh Pasukan Ungu
Sistem
serangan 5 : 1 oleh Pasukan Kuning
Sistem
bertahan 6 : 0 oleh Pasukan Ungu