Thursday, January 19, 2012

ku damba redhaMU

Kudamba RedhaMu
Bagaikan hausnya.. bumi gersang 
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
 
Begitu sepinya dan rindu hatiku
 
Bila cintamu tidak bersemi
 

Berjalan aku.. bagai kesesatan
 
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
 
Tiada teman untukku mengadukan
 
Resah hidupku... ditimpa sesalan
 

Aku dambakan.. dambakan cinta
 
Cinta sejati yang kekal selamanya
 
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
 
Demi redhamu.. kuharungi jua
 

Kerana cinta lahir dari sanubari
 
Biarpun perit menuju cintamu
 
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
 
Biar diracun dunia
 
Tidakku gentar tempuhnya...
 


Ya Allah tidakku sedari
 
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
 
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
 
Setiap hambamu tetap kau sayangi
 
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
 
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
 
Maafkanlah... redhailah....
 

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
 
Tuhan yang agung pencipta segalanya
 
Tempatku bermohon dan berlindung
 
Dari kehinaan dan kemusnahan

Wednesday, November 16, 2011

kekasih ...

Kekasih

Alangkah indahnya
Jika dapat bersua
Walaupun seketika
Bersamamu wahai kekasih Allah


Telah lama kau pergi
 
Meninggalkan kami
Walau sedih di hati
Menyahut panggilan dari Ilahi

Kekasih
Dah lama kau pergi
Meninggalkan amanah yg suci
Malam kan kelam tiada berbintang
Bulan suram tiada cahaya

Tanpamu kekasih kekasih Allah
Hancur musnah segala-galanya

Hadirmu membawa cahaya
Menerangi hidup kami

Tuesday, November 1, 2011

happy birthday ...

Assalamualaikum semua ….
saya harap sihat2 belaka ye ..huhu
Alhamdulillah,hr ni telah genap umurku 20 tahun ….Allah msih memberi saya peluang untuk terus bernafas dimuka buminya ini dan member peluang untuk menjalankan amanah yang telah diberikan …rmai diantara sahabat2 yang wish hapy birthday, sanah helwah n selamat hari lahir. Terima kasih kpada semua yang mengingati diri ini …. Cma timbul satu persoalan dalam diri ini apabila ada orang yang wish kepada saya, … “yA Allah,bagaimana kiranya aku meninggal pada hari ini? ….adakah cukup amalan ku untuk ku bawa menghadap mu? … adakah semua amanah yang telah engkau taklifkan kepada ku telah ku sempurnakan ? …” itulah antara persoalan yang timbul di dalam diri saya … Rasulullah SAW sendiri wafat pada tarikh dia dilahirkan …pd 12 rabiulawal … Allahuakbar …setakat ini sahaja … moga2 Allah memberi  kepada saya peluang untuk teruskan hidup …AMIN … (^_^)

Monday, October 31, 2011

pemberitahuan

Assalamualaikum…
apa khabar sahabt2 smua? Saya harap sihat ye …hehehe ….
sudah lama saya tidak menulis kt blog ni …. Tak sempat nk tulis,kerana sibuk ckit sejak kebelakangan ini … saya minta maaf kepada sahabt sekalian ye ….
tapi satu sahaja pesanan saya kepada sahabat yang kt IPG-KPI,moga kita semua Berjaya dalam exam kali ini. Study la selagi mana Allah bagi masa kepada kita … jgn sia2kn waktu,buatlah apa yang patut demi kejayaan kita semua …ok,setakat ini sahaja.

Wassalam.

Friday, September 23, 2011

pesanan Rasulullah dalam kepada saidina Ali ...


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata. 
2) Menjauhi segala yang haram. 
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. 

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji. 
2) Menjauhi kejahatan. 
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Mengawasi dirinya. 
2) Menghisab dirinya. 
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Monday, September 19, 2011

aPAbila KEkaSiH kU berBicara

Kekasih hatiku sangat romantik bila

Bila aku cuba SMS je maka dia akan berkata
Adakah perbuatan abang ni akan memberikan pahala berganda?
kalaulah perbuatan abang ni memberikan pahala yang tak terkira
maka dinda la orang pertama yang akan meREPLYnya
tapi andai ianya membawa kecelakaan dan dosa di akhirat sana
maka kita hentikan lah ini semua
dan carilah dinda di kala perkahwinan sudah jelas di depan mata

Kekasih hatiku sangat romantik bila

Bila aku cuba call pula
maka si dia pun jawab dengan selamba
abang nak apa? nak dengar suara manja dinda?
adakah ia halal bagimu disisi kita punya Pencipta?
kalau ada walau satu ayat je dalam Quran yang mengatakan ianya halal bagi kita berdua
maka dinda la orang pertama yang melunakkan suara dinda
tahap meroyan cam orang gila pun tak apa
tapi andainya ia haram di sisi agama
maka baik abang letak telefon ini dengan kadar yang segera
dan telefonlah kembali andai dinda sudah sah menjadi milik kanda!

Kekasih hatiku TERLAMPAU la romantik bila

Aku cuba mintak dia punya gambar pasport pula
aku bukan apa alaaaah nak buat kenangan insan tercinta
tapi korang tahu tak ape yang dia kata?
Abang, sebelum kahwin ni jangankan gambar yang lawa-lawa
gambar yang jelas nampak jerawat batu dinda pun takkan dinda kasi punya
nanti dah kawin nanti abang nak picit jerawat batu dinda pun TAK APA
DINDA RELA!

Kekasih hatiku MELAMPAU-LAMPAU romantik bila..

Aku cuba mengajaknya untuk makan bersama
yela kan, nak la juga tatap air muka
takpun tatap tumit kaki pun kira jadi laaa
rindu punya pasal kat si dia
tapi boleh pula dia cakap camni haaa
Abang, gila ke apa!
mula-mula nak jumpa
pastu nak buat-buat tertumpah kuah ayam kurma kat baju dinda
dengan muka berlagak simpati buat-buat la pula nak sapu dengan abang punya tisu muka
pastu tersentuh la dinda punya kulit dengan cara yang TAK SENGAJA
mula-mula tak sengaja tu tak apa laaa
tapi lepas tu mula la berani raba sini raba sana
cuit sini cuit sana
abang tu agak-agak dah confirm ke jadi ahli syurga?
sampai sanggup buat perangai ahli neraka?
aku pun " errrrrrk! " je la..

Kekasih hatiku TERLAMPAU tahap arghhhhhhhhhh keromantikannya bila..

Aku ajak la kahwin dengan kadar yang amat segera
boleh pulak dia tanya
abang dah belajar bab haid, nifas dan segala jenis benda tentang Feqah wanita?
nanti dah kawin apa benda pertama abang nak suap pada anak-anak dinda?
Harta atau Agama?
Kalau nanti dinda dah jadi isteri dan tiba-tiba ajal dinda pun tiba
maka sanggup tak abang nak kena soal di alam sana
tentang tanggungjawab abang yang belum dilunaskan kepada dinda?
dan bersediakan abang ditarik ke neraka oleh dinda dan anak-anak kita di akhirat sana?

Aku yang tengah tension pada tahap yang WARGHHHHH terus membidas balik si dia
yang awak ni daripada tadi melayan saya
berjam-jam berdialog takpe pula?

maka si dia pun terus " Errr...dinda lupa!"
Dinda pergi dulu ya
carilah dinda di kala perkahwinan sudah jelas di depan mata
jumpa lah dinda punya ayah bonda
insyaAllah jika Allah merestui hubungan abang dan dinda
maka Dia akan mengangkat martabat hubungan ini ke alam perkahwinan yang dikatakan ' menyempurnakan separuh daripada agama kita '
Jangan pernah meminta cinta dari dinda
tapi mintalah ia pada Pemilik cinta dinda
iaitu Allah Sang Pencipta
Pencinta segala cinta
daaaa!

Friday, September 16, 2011

patah hati

Patah hati

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya
Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri
Bukankah tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang