Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladanioleh setiap orang mukmin.
Pertama :Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.
Kedua :Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya.Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.
Ketiga :Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnyadari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.
Keempat :Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris.Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.
Kelima :Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannyasekalipun dipukul dan dimarah.Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.
Keenam :Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripadatempat manusia.Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.
Ketujuh :Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasamarah atau berdendam.Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.
Kelapan :Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaandendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.
Kesembilan :Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makanatau tidak diberi,dia diam sahaja.Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.
Kesepuluh :Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang.Inilah tanda-tanda orang yang susah.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Hanya Orang Yang Optimis & Degil Akan Berjaya. Orang Yang Lemah Akan Terus Kalah. Orang Yang Lebih Lemah Akan Terus Kalah & Tak Akan Bangun-Bangun Lagi. Itu Saja Yang Membezakan Antara Bagus Dengan Luar Biasa Bagus, Antara Hebat Dengan Hebat Sekali.
No comments:
Post a Comment