Sunday, January 2, 2011

kebaikan pemuda islam

kebaikan pemuda islam pernah disebut oleh Allah dalam surah ar-rum ayat 30: "tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu;itulah agama yang betul dan lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"

Kebaikan yang dimaksudkan disini ialah fitrah manusia itu sendiri. saya mengetahui bahawa ramai pemuda yang tidak pergi dengar ceramah dan tidak pergi solat kat masjid. ramai diantara mereka yang lebih cenderung mendengar muzik, lagu-lagu cengeng daripada mendengar ayat suci al-Quran. ada juga diantara mereka yang lebih cendeung membaca majalah-majalah lucah daripada mempelajari hadis-hadis rasulullah. 

Akan tetapi mereka masih memiliki fitrah. tertulis dalam hatinya la ilaha illah Muhammadur Rasulullah.Mereka dilahirkan dari rahim ibu mereka dengan membawa dasar tauhid. Allah telah berfirman dalam al-Quran,surah al-A'raf:172 yang bermaksud: "dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan merka saksi terhadap diri mereka sendiri,(sambil Ia bertanya dengan firman-Nya):" bukankah aku Tuhanmu?" mereka semua menjawab : benar (engkaulah tuhan kami) ,kami menjadi saksi". yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:"sesungguhnya  kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini."

maka apa yang saya ingin katakan disini ialah fitrah yang ada pada diri mereka. ramai orng yang beranggapan bahawa mereka tudak memiliki fitrah dan tidak memiliki agama, oleh kerana itu kita harus mendatangi mereka dan menggerakkan mereka,serta menghidupkan fitrah hati mereka. lalu siramlah hati mereka dengan air petunjuk.sampai mereka mendatangimu dan solat serta belajar disampingmu. kita mungkin akan rasa bersalah jika tidak mendatangi mereka. akan tetapi mereka juga mungkin salah kerana tidak mencari sinar petunjuk dan tidak mendatangi majlis-majlis ilmu.
    
      meraka hanya ke cafe,cyber cafe,disko tempat hiburan dan sebagainya.akan tetapi mereka tidak pernah cuba untuk merasakan kelazatan petunjuk dan cahaya. ajaklah mereka ke masjid kerana masjid ialh tempat pendidikan rasulullah. cahaya dan perjalan hidup baginda yang penuh dengan keberkahan, manhajnya yang lurus, semuanya berada di masjid.

ok..setakat ini sahaja dahulu..insyaAllah saya akan sambung lagi..

No comments:

Post a Comment