Thursday, January 31, 2013
Wednesday, January 2, 2013
lelaki soleh ....? insyaAllah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.Kita mungkin
sudah biasa dengan tajuk-tajuk seperti ini. Tapi biarlah ia diulang-ulang
supaya sentiasa menjadi pemangkin semangat kepada diri kita yang sentiasa lalai
dan alpa dengan godaan duniawi. Semoga ia banyak memberi manfaat kepada kita
untuk mencari cinta Ilahi yang hakiki.
Siapakah lelaki soleh? Adakah seorang lelaki yang bernama
soleh? Oh tentu sekali bukan. Lelaki soleh yang dimaksudkan di sini ialah
seorang lelaki yang beriman, seorang mukmin, bersih daripada segala zahir dan
batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal, bukan daripada sumber yang
haram. Dia juga seorang yang sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada segala
perkara mungkar dan menariknya ke arah jurang neraka yang dalam. Lelaki soleh
juga seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya walau di mana
sahaja dan bila-bila masa.
Marilah kita sama-sama meneliti ciri-ciri lelaki soleh seperti
yang dimaksudkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis :-
Sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya.
Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
Mati syahid adalah cita2 tertinggi.
Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah.
Ikhlas dalam beramal.
Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.
Selalu memohon ampun atas segala dosa2nya.
Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
Solat malam menjadi kebiasaannya.
Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada
Allah semata-mata.
Selalu berinfak sama ada ketika lapang ataupun sempit.
Menerapkan nilai kasih syang sesama mukmin dan ukhuwwah antara
mereka.
Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya,iaitu mengajak ke
arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan
manusia,sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada
Allah.
Memberikan kasih sayang kepada keluarga.
” Ketahuilah ! Sesungguhnya wali-wali
Allah(para kekasih Allah itu), tidak ada kebimbangan(dari sesuatu yang tidak
baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. ”
(yunus:62)
” Wahai orang yang mempunyai nafsu mutmainnah
(jiwa yang sentiasa tenang). Kembalilah kepada TuhanMu dengan keadaan engkau
redha kepadaNya, dan Dia redha kepadamu. Maka masuklah engkau ke dalam kumpulan
hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu! ”
(Al-Fajr:27-30)
Subscribe to:
Posts (Atom)