Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

bait muslim???

Firman Allah Ta’ala di dalam Al-Quran :

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda bagi yang mahu berfikir. [ Ar-Ruum : 21 ]

Pernikahan adalah impian setiap manusia. Samada mereka beriman ataupun tidak beriman. Tetapi cara mereka melihat pernikahan itu berbeza-beza. Istimewanya orang mukmin adalah kerana mereka melihat pernikahan itu bukan sekadar pernikahan, sebaliknya adalah Baitul Muslim, yakini rumahtangga orang beriman.
Hakikatnya, baitul muslim sememangnya bukan sekadar akad nikah. Bukan sekadar majlis walimah. Bukan sekadar ada rasa cinta dan kasih. Bukan sekadar mendapat zuriat.
Tetapi baitul muslim lebih besar daripada itu. Samada dari segi maksud, matlamat dan cara.
Hanya dengan memahami dan menghayati kesemua ini barulah kita dapat mencapai hakikat Baitul Muslim yang terindah.
BIASA-BIASA
Baitul Muslim yang biasa-biasa sebenarnya tidak indah. Kalaupun di dalamnya ada kasih sayang, kecintaan dan kebahagiaan, ia tetap tidak indah. Sebagai mukmin, kita tidak mentakrifkan indah mengikut logik akal semata-mata. Tetapi sudah tentu kita akan mentakrifkan indah itu mengikut qudwah.
Qudwah yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Sayangnya, kadang-kadang kita terlalu melihat kepada contoh-contoh bagaimana Nabi s.a.w berkasih sayang dengan isteri-isteri Baginda. Tetapi kita lupa untuk melihat secara lebih luas apa yang Nabi praktikkan dalam kehidupan bersama isteri-isteri Baginda.
Nabi s.a.w sebenarnya mempraktikkan Baitul Muslim yang bukan biasa-biasa. Sebaliknya Nabi s.a.w menunjukkan kepada kita bagaimana Baitul Muslim dibina secara ‘luar biasa’ sehingga menjadi indah dan paling indah.
Jadi mari kita lihat, apa yang menjadikan Baitul Muslim itu indah dan luar biasa mengikut kacamata Islam.

( 1 ) PEMBINAAN INDIVIDU MUSLIM YANG BERTERUSAN
Banyak terjadi, pembinaan individu muslim ( fardul muslim ) hanya terhenti di gerbang akad. Ini suatu yang malang. Jika sebelum nikah dia seorang yang rajin beribadah, hebat pergantungan dengan Allah, kuat berjuang, tekun memperbaiki diri, tiba-tiba selepas bernikah semua proses tersebut terus mati. Seolah matlamat yang dituju dari usaha-usaha tersebut telah tercapai. Maka tidak perlu lagilah proses pembinaan diri.
Sebenarnya, Baitul Muslim yang paling indah adalah Baitul Muslim yang dibina oleh dua orang yang masih mengekalkan pembinaan fardul muslim mereka. Baik suami mahupun isteri, kedua-duanya tetap melazimi apa yang mereka buat sebelum berkahwin khususnya dari segi ibadah khusus dan ibadah umum, termasuk perjuangan. Kedua-duanya mengekalkan budaya tegur menegur dan nasihat menasihati. Kedua-duanya mengekalkan fokus kepada matlamat besar Islam dan bukan sekadar fokus kepada matlamat peribadi masing-masing.
Inilah yang dipraktikkan oleh Nabi s.a.w. Kita melihat di dalam sirah, bagaimana ibadah Nabi s.a.w tidak luntur dengan perkahwinan. Dakwah dan perjuangan Nabi s.a.w tidak haus dengan pernikahan. Bahkan semakin berganda kehebatannya.

( 2 ) ISTERI YANG SANGGUP DIMADUKAN
Tidak syak lagi, bahawa Baitul Muslim yang terindah hanya terbina apabila isteri sanggup untuk dimadukan. Baitul Muslim terindah tidak akan terbina jika isteri seorang yang sangat kuat ‘memonopoli’ suami. Apa yang terpasak di dalam otaknya adalah ; suami itu hak dia dan tidak boleh dikongsi dengan sesiapa. Ini silap. Sekiranya ini wujud dalam sesebuah Baitul Muslim, maka tipislah harapan untuk ia menjadi Baitul Muslim yang terindah.
Bermadu yang dimaksudkan adalah bermadu dengan perjuangan. Dengan dakwah. Dengan kerja Islam. Dia tidak membolot masa dan perhatian suami sepenuhnya sehingga memberatkan kaki suami untuk melangkah ke medan juang. Bahkan dia rela berkongsi masanya dan bersedia mengorbankan kehendak hatinya demi memastikan dakwah Islam terus subur.
Jika kita lihat dalam sirah, kita akan dapati bahawa Nabi s.a.w bukan sahaja seorang suami yang terbaik, bahkan Baginda s.a.w juga adalah panglima perang yang terbaik. Sesungguhnya semua itu tidak akan tercapai tanpa pengorbanan dan sokongan daripada isteri-isteri dari belakang tabir.

( 3 ) ZURIAT SEBAGAI PRODUK DAKWAH
Antara lain, Baitul Muslim terindah akan tercapai sekiranya suami dan isteri menjunjung komitmen untuk meramaikan zuriat sebagai kader dakwah. Sebagai penyambung generasi yang memperjuangkan Islam di muka bumi. Bukan sekadar melahirkan anak-anak yang comel, kemudian memberikan kasih sayang tanpa sempadan dan dalam masa yang sama mengabaikan tarbiyah Islam ke atas anak-anak tersebut. Hendak jadi penyanyi, penyanyilah. Hendak jadi penari, penarilah. Hendak bukak tudung, bukak tudunglah. Hendak berkawan bebas lain jantina, berkawanlah. Ini sangat jauh dari makna sebenar Baitul Muslim itu sendiri.
Bahkan di awalnya lagi, sebelum berkahwin sewajarnya tekad untuk meramaikan zuriat ke jalan Allah menjadi salah satu target yang penting. Lebih bagus kalau diniatkan supaya satu keturunan kita semuanya pejuang. Semuanya ada sumbangan dan jasa untuk Islam. Barulah suami dan isteri ada bonus berpanjangan. Bukankah salah satu dari amalan yang tidak terputus sampai mati adalah anak-anak yang soleh?
Nabi s.a.w bersabda : Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak Soleh yang mendoakannya.

( 4 ) MATLAMAT YANG SAMA UNTUK ISLAM
Paling penting, untuk mencapai Baitul Muslim yang terindah, kedua-dua suami dan isteri harus mempunyai matlamat yang sama untuk Islam. Matlamat peribadi boleh sahaja berbeza-beza dan boleh diselesaikan melalui perbincangan. Tetapi matlamat yang ‘tidak dapat tidak’ adalah memberi sumbangan kepada Islam.
Kita jangan ingat hendak memberi sumbangan kepada Islam itu hanya dengan suami menjadi penceramah, atau isteri menjadi guru agama. Menyumbang kepada Islam sangat luas konteksnya. Apa yang kita tidak mahu adalah, berkahwin dan hidup sendiri-sendiri. Dapat anak, cari harta dan hidup senang lenang. Masa, idea, tenaga hatta wang ringgit, sedikitpun tidak disalurkan kepada perjuangan Islam. Jika begitu keadaannya, indahkah Baitul Muslim tersebut? Apakah itu keindahan Baitul Muslim yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w?
Maka binalah Baitul Muslim dengan menetapkan matlamat : kami mesti menjadikan rumahtangga ini suatu bonus kepada Islam. Duduk semeja dan bincangkan, apakah yang boleh disumbangkan kepada Islam dengan terbinanya Baitul Muslim ini? Boleh jadi kemampuan berbeza-beza, bakat berbeza-beza, kelebihan berbeza-beza. Tidak mengapa, yang penting kita proaktif dan tidak pasif.
Ingatlah kembali di ketika sebelum berkahwin, kita bersungguh-sungguh menadah tangan dan bersolat hajat supaya Allah ‘selamatkan agama’ kita dengan perkahwinan. Kini setelah Allah izinkan pernikahan ke atas kita, sanggupkah kita pejamkan mata sahaja dari menyumbang kepada agamaNya?

PENUTUP
Setiap orang mahukan rumahtangga yang paling bermakna buat mereka. Dan saya berpendapat, rumahtangga yang bermakna haruslah dibina dengan perkara-perkara yang bermakna. Bermakna pada kita dan bermakna pada agama.
Sesungguhnya Baitul Muslim yang terindah adalah Baitul Muslim yang wujud di dalamnya keseimbangan antara percintaan dan perjuangan. Bukanlah Baitul Muslim yang terbina dengan kasih sayang dua insan sehingga melupakan amanah dari Tuhan!

Wednesday, January 2, 2013

lelaki soleh ....? insyaAllah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.Kita mungkin sudah biasa dengan tajuk-tajuk seperti ini. Tapi biarlah ia diulang-ulang supaya sentiasa menjadi pemangkin semangat kepada diri kita yang sentiasa lalai dan alpa dengan godaan duniawi. Semoga ia banyak memberi manfaat kepada kita untuk mencari cinta Ilahi yang hakiki.



Siapakah lelaki soleh? Adakah seorang lelaki yang bernama soleh? Oh tentu sekali bukan. Lelaki soleh yang dimaksudkan di sini ialah seorang lelaki yang beriman, seorang mukmin, bersih daripada segala zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal, bukan daripada sumber yang haram. Dia juga seorang yang sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada segala perkara mungkar dan menariknya ke arah jurang neraka yang dalam. Lelaki soleh juga seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya walau di mana sahaja dan bila-bila masa.



 
Marilah kita sama-sama meneliti ciri-ciri lelaki soleh seperti yang dimaksudkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis :-

Sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya.
Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
Mati syahid adalah cita2 tertinggi.
Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah.
Ikhlas dalam beramal.
Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.
Selalu memohon ampun atas segala dosa2nya.
Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
Solat malam menjadi kebiasaannya.
Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.
Selalu berinfak sama ada ketika lapang ataupun sempit.
Menerapkan nilai kasih syang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.
Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya,iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia,sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah.
Memberikan kasih sayang kepada keluarga.




Ketahuilah ! Sesungguhnya wali-wali Allah(para kekasih Allah itu), tidak ada kebimbangan(dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(yunus:62)

Wahai orang yang mempunyai nafsu mutmainnah (jiwa yang sentiasa tenang). Kembalilah kepada TuhanMu dengan keadaan engkau redha kepadaNya, dan Dia redha kepadamu. Maka masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu!
(Al-Fajr:27-30)


Saturday, November 24, 2012

ku pinang engkau dengan al-Quran

sahabat2 sekalian .. just sharing ... ni cerita dari blog shbt ana ... jadi ambil lah sbrp byk pengjrn ye ...



"Aduh..doktor, tolong..mannyak sakit ini kaki woo.."

"Itulah lu..apa pasal pegi bawak motor laju-laju. Itu kalau lu bawak slow-slow pun boleh sampai jugak apa..sabar sikitla..kami kalau orang Islam, nabi kami ajar sabar tu separuh daripada iman!"

"Wa bukan bawak laju pasal wa talak sabar doktor. Wa mau pegi tandas woo..sula talak tahan lagi."

"Wo..itu pasal ka..lain kali lu jangan tahan-tahan tau. Bahaya, boleh kena batu karang!"


Suasana wad umum hospital amat sibuk. Pagi yang amat memenatkan bagi mereka yang berkhidmat mengabdikan diri buat orang lain. Suatu pekerjaan yang amat berat jika dilakukan hanya demi ganjaran berupa gaji ataupun wang semata. Tetapi akan menjadi sesuatu yang amat membahagiakan jika dilakukan untuk membahagiakan orang lain. Apakah yang lebih membahagiakan apabila melihat manusia-manusia yang kembali sihat dengan asbab bantuan daripada diri kita? Itulah erti hidup pada memberi. Kita akan paling bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain.

'Ya-Allah, bantulah aku untuk memberikan yang terbaik kepada para pesakit ini. Sihatkanlah mereka dan jadikan mereka hamba-hamba yang bersyukur.' Azrif bermonolog.

Merupakan tugas bagi graduan sekolah perubatan untuk mengabdikan diri di hospital kerajaan di tanah air. Tahun-tahun awal bagi pelajar perubatan yang baru menamatkan pengajian amat memenatkan. Melayan karenah pesakit, on call yang tidak mengenal erti kepenatan dan kelelahan, tugas-tugas yang perlu dilaksanakan yang terkadang melebihi 36 jam kerja lalu pulang ke rumah nyawa-nyawa ikan dan 1001 lagi bentuk 'penyiksaan' bagi seseorang yang bergelar doktor perlu dihadapi. Namun jika semua itu dianggap sebagai ibadah, bahawa segala pengorbanan ini diganjari pahala sebanyak-banyaknya oleh Allah SWT dan betapa ramai manusia yang bakal meneruskan kehidupan dengan sinar harapan baru, semua 'penyiksaan' tadi akan bertukar menjadi 'kebahagiaan' yang tidak tergambarkan.

"Assalamu'alaikum. Pakcik Jamal apa khabar?" sapanya ketika menghampiri sebuah katil pesakit. Namanya diketahui daripada senarai daftar pesakit yang ada di dalam failnya. Pesakit kencing manis.

"Baik doktor. Kebas-kebas kaki sikit je."

"Takpe, pakcik banyak-banyakkan bersabar ye. Nanti makan ubat okaylah. Biar saya periksa kejap ye.

Azrif meletakkan eartips stetoskop ke telinga. Ketika sedang membongkok untuk meletakkan muncung stetoskop ke belakang badan Pakcik Jamal tiba-tiba sesuatu terjatuh daripada saku kotnya ke atas katil. Sebuah objek kecil berwarna biru tua. Kelihatan berzip. Di zipnya tergantung sebuah keychain berwarna silver.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnEd3c77cY5cgUP8KHUzBSQrqjt9tKu9oHvkk-kigTX1onXEoqjiMBsC5pEWw-IiEzka4jKFtkul1TdEcZ2rB8Zo4FrAx3SCG7thpztByTlLy9_xzgWulNrLZCm77dmOOBwLCESKASiB33/s320/Quran+Biru+2.JPG

"Opocot! Ape ni!?" Kata Si Pakcik separuh menjerit.

"Maaf pakcik. Ni Al-Quran saya. Maaf kalau saya buat pakcik terkejut."

"Quran? Ada pulak quran kecik-kecik macam ni ye?" Sambil menatap quran kecil berzip itu. Hanya menatap, tidak memegang. Tiada wudhu.

"Quran sekarang ada macam-macam saiz pakcik, senang nak bawa ke mana-mana."

"Owh, doktor selalu bawa Al-Quran ke mana-mana?"

"Em, alhamdulillah. Saya memang biasa bawa Al-Quran ke mana-mana, senang nak baca. Nak hafal, saya bukan hafiz quran. Ye la, saya ni muda lagi, bukan banyak sangat amal. Amal ada, banyak cacat pulak tu. Dengan bawak quran ni leh la saya baca-baca, tambah amalan. Er, maaf pakcik, saya nak periksa tekanan darah kejap ye." Bicaranya lembut. Ramah. Dia membalut tangan Pakcik Jamal dengan Cuffsphygmomanometer (alat mengambil bacaan tekanan darah).

"Ooo..doktor selalu baca? Banyak ke?"

"Alhamdulillah, dengan izin Allah, selama ni saya selalu khatamkan bacaan saya sebulan sekali. Saya cuba buktikan kepada Allah yang saya tidak akan memberikan alasan kesibukan saya sebagai doktor untuk tidak menunaikan hak Al-Quran. Lagipun ustaz saya pernah mengingatkan, dalam Al-Quran Allah ada pesan, mereka yang jauh daripada Al-Quran akan didatangkan syaitan untuk menjadi teman karibnya."

http://anitasoraya.files.wordpress.com/2009/08/alquran.jpg

Azrif terus menerangkan tentang Al-Quran kepada si pakcik sambil tangannya sambil tangannya cekap mengepam sphygmomanometer. Pakcik Jamal hanya terdiam, sambil membiarkan bacaan diambil. Namun diamnya memberi seribu makna. Penjelasan berkenaan Al-Quran amat-amat menyentuh hatinya. Seumur hidupnya, itulah pertama kali dia bertemu dengan seseorang yang begitu menghargai Al-Quran sebegitu sekali. Tidak semena-mena, airmatanya bergenang. Namun segera dikesat dengan lengan baju.

‘Ya-Allah...lamanya aku tak baca Al-Quran. Nak dapat seminggu sekali pun susah. Agaknya inilah sebab aku merasakan kekosongan selama ini. Allah...’ Pak Jamal bermonolog di dalam hatinya.

“Doktor yang sibuk-sibuk melayan kami, periksa kami, keluar masuk wad, sempat lagi nak baca quran ye. Saya yang tak buat apa-apa pun ni, hampir tak pernah baca Al-Quran. Pakcik bertekad, Insya-Allah, lepas ni pakcik nak belajar balik baca Al-Quran, dan pakcik akan selalu baca Al-Quran.” Pakcik Jamal berkata dalam suara yang agak serak basah.

“Er, pakcik cakap apa tadi pakcik? Maaf, saya sibuk mencatat bacaan ni tadi, tak dengar.” Jamal kembali bertanya.

“Takde, pakcik cuma kata dah lama pakcik tak baca Al-Quran. Terima kasih ya sebab cerita pasal Al-Quran tadi.”

“Takde masalah pakcik. Okay pakcik, tekanan darah normal, pernafasan pun ok. Insya-Allah kalau tiada aral melintang, pakcik boleh keluar tak lama lagi. Tapi pakcik kena banyak rehat dan makan ubat ye. Saya pergi dulu ye pakcik. Assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam..”

‘Bagusnya doktor ni. Ya-Allah..berikanlah aku kesempatan untuk mempelajari Al-Quran..’ Pak Jamal terus berkata-kata di dalam hatinya. Airmatanya bercucuran kembali.

http://img.photobucket.com/albums/v521/draculasbride641/Cry.gif

Seketika kemudian Azrif bergerak keluar daripada wad untuk ke pejabat. Dia menerima panggilan kecemasan. Dia diperlukan di wad tingkat 4. Ketika melangkah keluar, tiba-tiba dia dipanggil oleh jururawat yang bertugas di kaunter.

“Dr. Azrif, tanya sikit.”

“Ya, kenapa? Saya kena cepat ni.”

“Maafkan saya, tadi doktor cakap apa kat Pakcik Jamal katil no 15 tu? Saya nampak dia menangis tadi lepas doktor beredar dari katil dia.”


“Em, entahlah. Saya pun tak pasti. Dia teringatkan anak-anaknya kut. Maaf, saya kena pergi dulu. Awak pergilah temankan dia berbual. Mungkin dia ok sikit nanti.”

Sebetulnya dia tidak berapa mendengan soalan jururawat tadi. Dijawabnya soalan acuh tidak acuh. Dia perlu segera ke tingkat 4.


http://img256.imageshack.us/img256/2088/doctor2214627c9qk8.jpg


*****

Masa berlalu begitu pantas. Tanpa disedari tiga tahun sudah berlalu.

Dugaan dan cabaran sebagai seorang pengabdi perubatan bukanlah perkara yang mudah. Tahun-tahun awal yang penuh dengan onak dan duri dihadapinya dengan penuh kesabaran dan air mata. Bukan mudah mengawal emosi bekerja sebagai doktor. Terkadang seorang doktor di hospital yang bekerja sebelum pukul 8 pagi lagi dan hanya akan pulang tidak tepat pada pukul 5 petang. Sekiranya oncall akan terus celik sehingga keesokan harinya dan terus masuk kerja sehingga petang seterusnya.

Diikutkan hati, beban kerja fizikal dan mental yang diletakkan di bahu seorang doktor memang tidak mampu dipikulnya. Bayangkan sekiranya setiap hari bekerja melihat seseorang itu mendapat serangan jantung. Panik melanda tetapi perlu dikuatkan diri melawannya bagi membantu si pesakit. Dan tidak jarang menghadapi pesakit yang menemui ajal kerana ketidakmampuan si doktor. Terkadang dia menangis sendirian di dalam bilik air wad bedah. Bahkan lebih banyak lagi airmatanya tumpah ketika sedang melaksanakan solat malam. Memohon secebis kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi hari-hari seterusnya bagi memberikan yang terbaik untuk para pesakitnya.

Kini Azrif bertugas di Out Patient Department (OPD). Hanya menunggu pesakit datang ke bilik untuk di diagnosis dan diberi cadangan ubat yang sesuai. Tidak perlu keluar masuk wad. Bebannya sudah tidak seberat dahulu.

http://www.rhi.org.za/gallery/opd%20consulting%20room.jpg


‘Tak sangka dah tiga tahun aku lebih aku berkhidmat di jalan ini. Ya-Allah..aku mohon kau terus kuatkan aku untuk terus ikhlas memberi sebanyak-banyaknya hanya untuk-Mu Ya-Allah..’ Hatinya berdoa.

Lamunannya ditamatkan apabila pintu biliknya diketuk.

“Masuk!”

Seorang pesakit masuk. Lelaki. Usianya separuh baya, mungkin melebihi separuh abad. Rambutnya yang memutih telah menceritakan segalanya. Namun raut wajahnya bersih. Terpancar ketenangan.

“Assalamu’alaikum pakcik. Jemput duduk. Apa yang boleh saya bantu?”

“Wa’alaikumussalam. Macam biasalah doktor. Penyakit tua-tua ni..” Tiba-tiba kata-katanya terhenti. Objek kecil di suatu sudut meja itu amat menarik perhatiannya. Lalu dicapainya objek kecil berwarna biru itu. Ditatapnya seketika, lalu diletakkannya kembali. Dia yakin, dia pernah menatap objek itu tiga tahun yang lalu. Dan dia yakin dia pasti mengenal doktor yang berada di hadapannya. Lalu dia tersenyum.

http://www.seratoga.com/photography/DSC_images/Family/images/dad_smiling.jpg

“Kenapa pakcik? Itu Al-Quran saya. Memang saiznya kecil, mudah di bawa ke mana-mana.”

“Doktor, doktor ingat lagi tak dengan saya?”

‘Alamak, apa kena pulak pakcik ni. Berapa juta orang aku dah jumpa. Manalah aku nak ingat. Nak kata tak ingat nanti kecik pulak hati dia. Tengok sikit kad kesihatan dia ni...’

“Owh pakcik..pakcik macam mana sekarang? Kencing manis dah surut? Ada pitam-pitam ke?” Azrif hanya berbasa-basi setelah mengetahui penyakit yang dihidapi orang tua itu melalui kad kesihatannya.

“Bukan itu yang saya nak doktor ingat. Ingat tak saya pernah masuk wad dulu?”

‘Wad la pulak..lagi lah aku tak ingat..bila ye aku jumpa dia..’ Azrif cuba-cuba mengingat.

“Yang Al-Quran doktor terjatuh tu?”

‘Al-Quran? Ya-Allah...pakcik ni rupanya. 3 tahun dah, dia ingat lagi kat aku ye.’ Azrif agak terharu yang pakcik itu masih mengingatinya.

“Owh...ya, saya ingat. Pakcik Jamal..apa khabar pakcik sekarang?”

“Alhamdulillah doktor. Sejak berjumpa dengan doktor dulu, saya dah banyak berubah. Tengok ni.” Sambil tangannya mengeluarkan sesuatu daripada saku baju kemejanya.

‘Subhanallah! Al-Quran..maksudnya pakcik ni..’

“Alhamdulillah doktor, sekarang saya dah rutin baca Al-Quran. Cuma saya taklah macam doktor, boleh khatam sebulan sekali. Kalau saya 3 bulan sekali ke, baru khatam."

“Takpe pakcik. Daripada tak baca langsung.”

http://farm3.static.flickr.com/2768/4145523478_c9654b3e63_o.jpg
Credit To FRESHIE

Air mata mereka bergenang. Azrif tersenym. Hatinya bertahmid syukur yang tidak terkira tingginya. Segala pengorbanannya yang berdarah-darah selama ini terasa amat ringan. Jiwanya berbunga-bunga bahagia.

‘Ya-Allah..apakah yang lebih membahagiakan daripada melihat seseorang yang berubah menyintai kalam suci-Mu..sesungguhnya inilah saat paling membahagiakan dalam hidup ini!’ Monolog hatinya bermadah indah.

http://science.nayland.school.nz/hamishm/images/sunrise.jpg

Sambil melakukan pemeriksaan, mereka berbual ke mana-mana. Saling bertukar cerita, nombor telefon, laksana saudara yang telah lama berpisah dipertemukan semula. Keakraban begitu cepat terjalin.

“Eh, doktor, kenal tak dengan Dr. Nurul Iman? Dia kerja kat sini.”

‘Nurul Iman? Dia ke?’

Tiba-tiba Azrif teringat pertemuan di surau hospital dua minggu sudah.

Azrif baru sahaja menunaikan solat dhuha. Rutin yang memang jarang sekali ditinggalkannya sejak dari bangku sekolah. Ganjaran pahala dan kemurahan rezeki yang dijanjikan nabi sangat memotivasikannya untuk menyempatkan barang seminit dua untuk melakukannya walaupun masanya amat sempit. Keluar sahaja daripada surau, terdengar bunyi pintu surau perempuan dibuka.

‘Aik, ada juga minah hospital ni solat dhuha?’ Bisik hatinya.

Lalu keluar seorang wanita berbaju kurung biru gelap. Tudungnya biru muda. Labuh.

‘Aik, ustazah mana pulak ni? Tak pe lah. Aku dah lambat ni. Nanti marah pulak patient tunggu.’


“Maaf saudara,” Tiba-tiba perempuan itu bersuara.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY3qLCGwXDHY-Kvf9u5GPxkJVwrjMePqGfa4mjv2b-YjXk77P7tqFog2PFblGlpfzY0XN6ZtsuuX9Yg7Za1E_mHXxhWlqpHHH2X0gyS5dq1VKWTzElKnKOVXfqpo2Ssq4C-7xvmp3cGxA/s320/dipintu.jpg

'Erk? Dia panggil aku ke?'

Azrif menoleh dan memandang wanita itu sekilas. Wajahnya tertunduk. Matanya memandang ke lantai. Di tangannya tergantung sebuah kot. Milik seorang doktor. Ada stetoskop terjulur keluar daripada poket kot itu.
“Ya?”

“Pen awak, jatuh.” Sambil menunjukkan ke arah lantai. Matanya masih tertunduk.

"Owh, terima kasih."

'Nasib baik dia ingatkan. Dahlah pen kesayangan aku ni.'

Secara tidak sengaja Azrif terpandang tag nama yang terlekat pada kot itu. Dalam keadaan terbalik, namun masih dapat dibacanya.

NURUL

Owh, doktor rupanya dia ni. Bagusnya, solat dhuha lagi. Pakaian pun sopan. Lawa pulak tu. Astaghfirullah..bahaya hati aku ni.

"Sama-sama."

“Er, saya pergi dulu. Assalamu’alaikum.”

“Baik. Wa’alaikumussalam.”

Sejak hari itu Azrif tertanya-tanya, siapakah sebenarnya Dr. Nurul? Ataupun sebenarnya tertunggu-tunggu, bilakah dapat bertemu lagi dengan doktor perempuan yang bertudung labuh itu. Dia mengakui wanita itu mempunyai pesonanya yang tersendiri. Pakaian labuhnya itu amat menambat hatinya. Matanya yang sentiasa tertunduk itu amat menambat hatinya. Sukar dicari wanita apatah lagi doktor yang masih mahu menutup aurat dengan sempurna dan menjaga pandangan seperti Dr. Nurul.

Seringkali tatkala bersendirian dia akan terfikir akan wanita itu. Namun hatinya segera beristighfar. Dia tidak mahu hatinya larut dengan bayangan wanita yang masih belum ada apa-apa hubungan yang sah dengannya. Dia mencuba melupakan bayangan wajah manis yang sering berkunjung itu. Terkadang berjaya, tetapi biasanya dia tewas. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiG8hKS48TQzb0_LN8NH-omDgBmDNBXz9MUzgpgjz8CmYBOfOtyepXV_sKc_EZ3dDEiP2qJvnpKQ0C7DYqxDH9msYdGcVfhxgN8uFhScuu7adVVbgRQlK119k8lUpcGGmsF88XkzsPAeP7r/s320/476003.jpg

Pernah terniat di hatinya untuk mengenali lebih Nurul dengan lebih dekat, tetapi niatnya itu diurungkannya.  ‘Nanti aku orang ingat aku ni tak tahu malu pulak. Entah-entah dia tu dah kahwin, tak pun dah mesti bertunang.’


“Eh, doktor! Ni apa pasal mengelamun nih? Kenal tak Dr. Nurul Iman?”

‘Astaghfirullah..teringat dia lagi..’

“Maafkan saya pakcik. Termengelamun pulak. Bukan apa, cuba ingat-ingat, pernah tak dengar nama tu.” Azrif cuba mencipta alasan.

“Dia pakai tudung labuh.”

“Pakai tudung labuh? Kulit cerah-cerah, pakai cermin mata bingkai hitam tebal?”

“Haah, dia la tu. Doktor kenal ke?”

“Takde lah kenal. Tapi pernah terjumpa la. Pakcik kenal dia ke?”

“Lebih daripada kenal. Dia tu anak perempuan saya. Dulu belajar kat Mesir, Dia ambil medic kat Cairo University, Kasr El-Ainy.

“Owh, tak sangka, dunia ni kecik rupanya. Dia dah kahwin ke pakcik?”

“Ha, ni yang pakcik nak tanya sebenarnya. Dia belum kahwin. Kalau doktor pula?”

“Belum ada jodoh. Jadi doktor ni sibuk pakcik, mana ada masa nak cari calon..”

“Ha, pakcik memang dah lama nak kahwinkan anak pakcik ni. Tapi dia kata kata calon yang soleh tak muncul-muncul. Sebenarnya sejak pakcik jumpa doktor 3 tahun lepas, pakcik dah lama berhajat menjodohkan doktor dengannya. Dia ni solehah, insya-Allah. Kat mesir dulu ada juga pergi menadah kitab. Alhamdulillah, dah 10 juz dia hafal.”

Azrif terdiam seribu bahasa. Bagai tidak percaya apa yang baru didengarinya. Entah apa yang bermain dalam benaknya. Terkejut? Bahagia?

“Macam mana doktor? Setuju? Lagipun doktor dah tengok siapa orangnya.”

“Er..macam ni lah pakcik. Biar saya istikharah dulu. Insya-Allah minggu ni saya bagi jawapan. Lagipun ibubapa saya pun dah bertanya bila saya nak menikah.” Katanya bersahaja, menutupi gugupnya. Terkejutnya masih belum hilang.

“Baiklah. Nanti kalau dah ada jawapan, telefonlah pakcik. Pakcik harap doktor terima. Pakcik anggap doktor dah pun meminang Nurul Iman ketika doktor menyampaikan ilmu tentang Al-Quran kepada pakcik 3 tahun yang lalu. Pakcik balik dulu. Assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam..”

Azrif bagai tidak percaya apa yang baru dilaluinya. Terasa Allah begitu baik kepadanya. Airmata bahagia mengalir ke pipi. Dia tersandar di kerusinya. Terpandang akan Al-Quran kecilnya yang berwarna biru itu. Di tatapnya seketika, lalu diambilnya. Dicium dengan penuh ta’zim. Tidak semena-mena hatinya mengungkap sebuah bait,

Kupinang Engkau Dengan Al-Quran

http://www.aumsa.co.uk/quran.jpg


Azrif terus melirik senyum.

Kupinang Engkau Dengan Al-Quran
~Gradasi~

Kupinang engkau dengan Al Quran
Kokoh suci ikatan cinta
Kutambatkan penuh marhamah
Harungi bersama samudra dunia
 
Jika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNya
 
Hadapi gelombang ujian
Sabarlah tegal tawakal
Harungi samudra kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_CvOYaYz8jqTl-d5J2sAVpaIOs7YccNeo8t5yS5S01uDmnHTi6QVAT1JWO7eD_K1PWXhht5sIujt_tfIUGpUARlFSrE1TrIaU7GMAC3psRFH9lFNtb6xXacpM3qZbhdGtYptRx6UnLZiv/s400/Du'at+Family+2.JPG