"Aduh..doktor,
tolong..mannyak sakit ini kaki woo.."
"Itulah lu..apa pasal
pegi bawak motor laju-laju. Itu kalau lu bawak slow-slow pun boleh sampai jugak
apa..sabar sikitla..kami kalau orang Islam, nabi kami ajar sabar tu separuh
daripada iman!"
"Wa bukan bawak laju
pasal wa talak sabar doktor. Wa mau pegi tandas woo..sula talak tahan
lagi."
"Wo..itu pasal
ka..lain kali lu jangan tahan-tahan tau. Bahaya, boleh kena batu karang!"
Suasana wad umum hospital
amat sibuk. Pagi yang amat memenatkan bagi mereka yang berkhidmat mengabdikan
diri buat orang lain. Suatu pekerjaan yang amat berat jika dilakukan hanya demi
ganjaran berupa gaji ataupun wang semata. Tetapi akan menjadi sesuatu yang amat
membahagiakan jika dilakukan untuk membahagiakan orang lain. Apakah yang lebih
membahagiakan apabila melihat manusia-manusia yang kembali sihat dengan asbab
bantuan daripada diri kita? Itulah erti hidup pada memberi. Kita akan paling
bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain.
'Ya-Allah, bantulah aku
untuk memberikan yang terbaik kepada para pesakit ini. Sihatkanlah mereka dan
jadikan mereka hamba-hamba yang bersyukur.' Azrif bermonolog.
Merupakan tugas bagi
graduan sekolah perubatan untuk mengabdikan diri di hospital kerajaan di tanah
air. Tahun-tahun awal bagi pelajar perubatan yang baru menamatkan pengajian
amat memenatkan. Melayan karenah pesakit, on call yang tidak mengenal erti
kepenatan dan kelelahan, tugas-tugas yang perlu dilaksanakan yang terkadang
melebihi 36 jam kerja lalu pulang ke rumah nyawa-nyawa ikan dan 1001 lagi
bentuk 'penyiksaan' bagi seseorang yang bergelar doktor perlu dihadapi. Namun
jika semua itu dianggap sebagai ibadah, bahawa segala pengorbanan ini diganjari
pahala sebanyak-banyaknya oleh Allah SWT dan betapa ramai manusia yang bakal meneruskan
kehidupan dengan sinar harapan baru, semua 'penyiksaan' tadi akan bertukar
menjadi 'kebahagiaan' yang tidak tergambarkan.
"Assalamu'alaikum.
Pakcik Jamal apa khabar?" sapanya ketika menghampiri sebuah katil pesakit.
Namanya diketahui daripada senarai daftar pesakit yang ada di dalam failnya.
Pesakit kencing manis.
"Baik doktor.
Kebas-kebas kaki sikit je."
"Takpe, pakcik
banyak-banyakkan bersabar ye. Nanti makan ubat okaylah. Biar saya periksa kejap
ye.
Azrif meletakkan eartips
stetoskop ke telinga. Ketika sedang membongkok untuk meletakkan muncung
stetoskop ke belakang badan Pakcik Jamal tiba-tiba sesuatu terjatuh daripada
saku kotnya ke atas katil. Sebuah objek kecil berwarna biru tua. Kelihatan
berzip. Di zipnya tergantung sebuah keychain berwarna silver.
"Opocot! Ape
ni!?" Kata Si Pakcik separuh menjerit.
"Maaf pakcik. Ni
Al-Quran saya. Maaf kalau saya buat pakcik terkejut."
"Quran? Ada pulak
quran kecik-kecik macam ni ye?" Sambil menatap quran kecil berzip itu.
Hanya menatap, tidak memegang. Tiada wudhu.
"Quran sekarang ada
macam-macam saiz pakcik, senang nak bawa ke mana-mana."
"Owh, doktor selalu
bawa Al-Quran ke mana-mana?"
"Em, alhamdulillah.
Saya memang biasa bawa Al-Quran ke mana-mana, senang nak baca. Nak hafal, saya
bukan hafiz quran. Ye la, saya ni muda lagi, bukan banyak sangat amal. Amal
ada, banyak cacat pulak tu. Dengan bawak quran ni leh la saya baca-baca, tambah
amalan. Er, maaf pakcik, saya nak periksa tekanan darah kejap ye."
Bicaranya lembut. Ramah. Dia membalut tangan Pakcik Jamal dengan Cuffsphygmomanometer (alat
mengambil bacaan tekanan darah).
"Ooo..doktor selalu
baca? Banyak ke?"
"Alhamdulillah, dengan
izin Allah, selama ni saya selalu khatamkan bacaan saya sebulan sekali. Saya
cuba buktikan kepada Allah yang saya tidak akan memberikan alasan kesibukan
saya sebagai doktor untuk tidak menunaikan hak Al-Quran. Lagipun ustaz saya
pernah mengingatkan, dalam Al-Quran Allah ada pesan, mereka yang jauh daripada
Al-Quran akan didatangkan syaitan untuk menjadi teman karibnya."
Azrif terus menerangkan
tentang Al-Quran kepada si pakcik sambil tangannya sambil tangannya cekap
mengepam sphygmomanometer. Pakcik Jamal hanya terdiam, sambil
membiarkan bacaan diambil. Namun diamnya memberi seribu makna. Penjelasan
berkenaan Al-Quran amat-amat menyentuh hatinya. Seumur hidupnya, itulah pertama
kali dia bertemu dengan seseorang yang begitu menghargai Al-Quran sebegitu
sekali. Tidak semena-mena, airmatanya bergenang. Namun segera dikesat dengan
lengan baju.
‘Ya-Allah...lamanya aku tak
baca Al-Quran. Nak dapat seminggu sekali pun susah. Agaknya inilah sebab aku
merasakan kekosongan selama ini. Allah...’ Pak Jamal bermonolog
di dalam hatinya.
“Doktor yang sibuk-sibuk
melayan kami, periksa kami, keluar masuk wad, sempat lagi nak baca quran ye.
Saya yang tak buat apa-apa pun ni, hampir tak pernah baca Al-Quran. Pakcik
bertekad, Insya-Allah, lepas ni pakcik nak belajar balik baca Al-Quran, dan
pakcik akan selalu baca Al-Quran.” Pakcik Jamal berkata dalam suara yang agak
serak basah.
“Er, pakcik cakap apa tadi
pakcik? Maaf, saya sibuk mencatat bacaan ni tadi, tak dengar.” Jamal kembali
bertanya.
“Takde, pakcik cuma kata
dah lama pakcik tak baca Al-Quran. Terima kasih ya sebab cerita pasal Al-Quran
tadi.”
“Takde masalah pakcik. Okay
pakcik, tekanan darah normal, pernafasan pun ok. Insya-Allah kalau tiada aral
melintang, pakcik boleh keluar tak lama lagi. Tapi pakcik kena banyak rehat dan
makan ubat ye. Saya pergi dulu ye pakcik. Assalamu’alaikum.”
“Wa’alaikumussalam..”
‘Bagusnya doktor ni.
Ya-Allah..berikanlah aku kesempatan untuk mempelajari Al-Quran..’ Pak
Jamal terus berkata-kata di dalam hatinya. Airmatanya bercucuran kembali.
Seketika kemudian Azrif
bergerak keluar daripada wad untuk ke pejabat. Dia menerima panggilan
kecemasan. Dia diperlukan di wad tingkat 4. Ketika melangkah keluar, tiba-tiba
dia dipanggil oleh jururawat yang bertugas di kaunter.
“Dr. Azrif, tanya sikit.”
“Ya, kenapa? Saya kena
cepat ni.”
“Maafkan saya, tadi doktor
cakap apa kat Pakcik Jamal katil no 15 tu? Saya nampak dia menangis tadi lepas
doktor beredar dari katil dia.”
“Em, entahlah. Saya pun tak
pasti. Dia teringatkan anak-anaknya kut. Maaf, saya kena pergi dulu. Awak
pergilah temankan dia berbual. Mungkin dia ok sikit nanti.”
Sebetulnya dia tidak berapa
mendengan soalan jururawat tadi. Dijawabnya soalan acuh tidak acuh. Dia perlu
segera ke tingkat 4.
*****
Masa berlalu begitu pantas.
Tanpa disedari tiga tahun sudah berlalu.
Dugaan dan cabaran sebagai
seorang pengabdi perubatan bukanlah perkara yang mudah. Tahun-tahun awal yang
penuh dengan onak dan duri dihadapinya dengan penuh kesabaran dan air mata.
Bukan mudah mengawal emosi bekerja sebagai doktor. Terkadang seorang doktor di
hospital yang bekerja sebelum pukul 8 pagi lagi dan hanya akan pulang tidak
tepat pada pukul 5 petang. Sekiranya oncall akan terus celik sehingga keesokan
harinya dan terus masuk kerja sehingga petang seterusnya.
Diikutkan hati, beban kerja
fizikal dan mental yang diletakkan di bahu seorang doktor memang tidak mampu
dipikulnya. Bayangkan sekiranya setiap hari bekerja melihat seseorang itu
mendapat serangan jantung. Panik melanda tetapi perlu dikuatkan diri melawannya
bagi membantu si pesakit. Dan tidak jarang menghadapi pesakit yang menemui ajal
kerana ketidakmampuan si doktor. Terkadang dia menangis sendirian di dalam
bilik air wad bedah. Bahkan lebih banyak lagi airmatanya tumpah ketika sedang
melaksanakan solat malam. Memohon secebis kekuatan dan ketabahan untuk
mengharungi hari-hari seterusnya bagi memberikan yang terbaik untuk para
pesakitnya.
Kini Azrif bertugas di Out
Patient Department (OPD). Hanya menunggu pesakit datang ke bilik untuk di
diagnosis dan diberi cadangan ubat yang sesuai. Tidak perlu keluar masuk wad.
Bebannya sudah tidak seberat dahulu.
‘Tak sangka dah tiga tahun
aku lebih aku berkhidmat di jalan ini. Ya-Allah..aku mohon kau terus kuatkan
aku untuk terus ikhlas memberi sebanyak-banyaknya hanya untuk-Mu Ya-Allah..’ Hatinya
berdoa.
Lamunannya ditamatkan
apabila pintu biliknya diketuk.
“Masuk!”
Seorang pesakit masuk.
Lelaki. Usianya separuh baya, mungkin melebihi separuh abad. Rambutnya yang
memutih telah menceritakan segalanya. Namun raut wajahnya bersih. Terpancar
ketenangan.
“Assalamu’alaikum pakcik.
Jemput duduk. Apa yang boleh saya bantu?”
“Wa’alaikumussalam. Macam
biasalah doktor. Penyakit tua-tua ni..” Tiba-tiba kata-katanya terhenti. Objek
kecil di suatu sudut meja itu amat menarik perhatiannya. Lalu dicapainya objek
kecil berwarna biru itu. Ditatapnya seketika, lalu diletakkannya kembali. Dia
yakin, dia pernah menatap objek itu tiga tahun yang lalu. Dan dia yakin dia
pasti mengenal doktor yang berada di hadapannya. Lalu dia tersenyum.
“Kenapa pakcik? Itu
Al-Quran saya. Memang saiznya kecil, mudah di bawa ke mana-mana.”
“Doktor, doktor ingat lagi
tak dengan saya?”
‘Alamak, apa kena pulak
pakcik ni. Berapa juta orang aku dah jumpa. Manalah aku nak ingat. Nak kata tak
ingat nanti kecik pulak hati dia. Tengok sikit kad kesihatan dia ni...’
“Owh pakcik..pakcik macam
mana sekarang? Kencing manis dah surut? Ada pitam-pitam ke?” Azrif hanya
berbasa-basi setelah mengetahui penyakit yang dihidapi orang tua itu melalui
kad kesihatannya.
“Bukan itu yang saya nak
doktor ingat. Ingat tak saya pernah masuk wad dulu?”
‘Wad la pulak..lagi lah aku
tak ingat..bila ye aku jumpa dia..’ Azrif cuba-cuba
mengingat.
“Yang Al-Quran doktor
terjatuh tu?”
‘Al-Quran?
Ya-Allah...pakcik ni rupanya. 3 tahun dah, dia ingat lagi kat aku ye.’ Azrif
agak terharu yang pakcik itu masih mengingatinya.
“Owh...ya, saya ingat.
Pakcik Jamal..apa khabar pakcik sekarang?”
“Alhamdulillah doktor.
Sejak berjumpa dengan doktor dulu, saya dah banyak berubah. Tengok ni.” Sambil
tangannya mengeluarkan sesuatu daripada saku baju kemejanya.
‘Subhanallah!
Al-Quran..maksudnya pakcik ni..’
“Alhamdulillah doktor,
sekarang saya dah rutin baca Al-Quran. Cuma saya taklah macam doktor, boleh
khatam sebulan sekali. Kalau saya 3 bulan sekali ke, baru khatam."
“Takpe pakcik. Daripada tak
baca langsung.”
Air mata mereka bergenang.
Azrif tersenym. Hatinya bertahmid syukur yang tidak terkira tingginya. Segala
pengorbanannya yang berdarah-darah selama ini terasa amat ringan. Jiwanya
berbunga-bunga bahagia.
‘Ya-Allah..apakah yang
lebih membahagiakan daripada melihat seseorang yang berubah menyintai kalam
suci-Mu..sesungguhnya inilah saat paling membahagiakan dalam hidup ini!’ Monolog
hatinya bermadah indah.
Sambil melakukan
pemeriksaan, mereka berbual ke mana-mana. Saling bertukar cerita, nombor
telefon, laksana saudara yang telah lama berpisah dipertemukan semula.
Keakraban begitu cepat terjalin.
“Eh, doktor, kenal tak
dengan Dr. Nurul Iman? Dia kerja kat sini.”
‘Nurul Iman? Dia ke?’
Tiba-tiba Azrif teringat
pertemuan di surau hospital dua minggu sudah.
Azrif baru sahaja
menunaikan solat dhuha. Rutin yang memang jarang sekali ditinggalkannya sejak
dari bangku sekolah. Ganjaran pahala dan kemurahan rezeki yang dijanjikan nabi
sangat memotivasikannya untuk menyempatkan barang seminit dua untuk
melakukannya walaupun masanya amat sempit. Keluar sahaja daripada surau,
terdengar bunyi pintu surau perempuan dibuka.
‘Aik, ada juga minah
hospital ni solat dhuha?’ Bisik hatinya.
Lalu keluar seorang wanita
berbaju kurung biru gelap. Tudungnya biru muda. Labuh.
‘Aik, ustazah mana pulak
ni? Tak pe lah. Aku dah lambat ni. Nanti marah pulak patient tunggu.’
“Maaf saudara,” Tiba-tiba
perempuan itu bersuara.
'Erk? Dia panggil aku ke?'
Azrif menoleh dan memandang wanita itu sekilas. Wajahnya tertunduk. Matanya memandang ke lantai. Di tangannya tergantung sebuah kot. Milik seorang doktor. Ada stetoskop terjulur keluar daripada poket kot itu.
“Ya?”
“Pen awak, jatuh.” Sambil
menunjukkan ke arah lantai. Matanya masih tertunduk.
"Owh, terima
kasih."
'Nasib baik dia
ingatkan. Dahlah pen kesayangan aku ni.'
Secara tidak sengaja Azrif
terpandang tag nama yang terlekat pada kot itu. Dalam keadaan terbalik, namun
masih dapat dibacanya.
NURUL
NURUL
‘Owh, doktor rupanya dia
ni. Bagusnya, solat dhuha lagi. Pakaian pun sopan. Lawa pulak tu.
Astaghfirullah..bahaya hati aku ni.’
"Sama-sama."
“Er, saya pergi dulu. Assalamu’alaikum.”
“Er, saya pergi dulu. Assalamu’alaikum.”
“Baik. Wa’alaikumussalam.”
Sejak hari itu Azrif tertanya-tanya,
siapakah sebenarnya Dr. Nurul? Ataupun sebenarnya tertunggu-tunggu, bilakah
dapat bertemu lagi dengan doktor perempuan yang bertudung labuh itu. Dia
mengakui wanita itu mempunyai pesonanya yang tersendiri. Pakaian labuhnya itu
amat menambat hatinya. Matanya yang sentiasa tertunduk itu amat menambat
hatinya. Sukar dicari wanita apatah lagi doktor yang masih mahu menutup aurat
dengan sempurna dan menjaga pandangan seperti Dr. Nurul.
Seringkali tatkala bersendirian dia akan terfikir akan wanita itu.
Namun hatinya segera beristighfar. Dia tidak mahu hatinya larut dengan bayangan
wanita yang masih belum ada apa-apa hubungan yang sah dengannya. Dia mencuba
melupakan bayangan wajah manis yang sering berkunjung itu. Terkadang berjaya,
tetapi biasanya dia tewas.
Pernah terniat di hatinya untuk mengenali lebih Nurul dengan lebih
dekat, tetapi niatnya itu diurungkannya. ‘Nanti aku orang ingat
aku ni tak tahu malu pulak. Entah-entah dia tu dah kahwin, tak pun dah mesti
bertunang.’
“Eh, doktor! Ni apa pasal
mengelamun nih? Kenal tak Dr. Nurul Iman?”
‘Astaghfirullah..teringat
dia lagi..’
“Maafkan saya pakcik.
Termengelamun pulak. Bukan apa, cuba ingat-ingat, pernah tak dengar nama tu.”
Azrif cuba mencipta alasan.
“Dia pakai tudung labuh.”
“Pakai tudung labuh? Kulit
cerah-cerah, pakai cermin mata bingkai hitam tebal?”
“Haah, dia la tu. Doktor
kenal ke?”
“Takde lah kenal. Tapi
pernah terjumpa la. Pakcik kenal dia ke?”
“Lebih daripada kenal. Dia
tu anak perempuan saya. Dulu belajar kat Mesir, Dia ambil medic kat Cairo
University, Kasr El-Ainy.
“Owh, tak sangka, dunia ni
kecik rupanya. Dia dah kahwin ke pakcik?”
“Ha, ni yang pakcik nak
tanya sebenarnya. Dia belum kahwin. Kalau doktor pula?”
“Belum ada jodoh. Jadi
doktor ni sibuk pakcik, mana ada masa nak cari calon..”
“Ha, pakcik memang dah lama
nak kahwinkan anak pakcik ni. Tapi dia kata kata calon yang soleh tak
muncul-muncul. Sebenarnya sejak pakcik jumpa doktor 3 tahun lepas, pakcik dah
lama berhajat menjodohkan doktor dengannya. Dia ni solehah, insya-Allah. Kat
mesir dulu ada juga pergi menadah kitab. Alhamdulillah, dah 10 juz dia hafal.”
Azrif terdiam seribu
bahasa. Bagai tidak percaya apa yang baru didengarinya. Entah apa yang bermain
dalam benaknya. Terkejut? Bahagia?
“Macam mana doktor? Setuju?
Lagipun doktor dah tengok siapa orangnya.”
“Er..macam ni lah pakcik.
Biar saya istikharah dulu. Insya-Allah minggu ni saya bagi jawapan. Lagipun
ibubapa saya pun dah bertanya bila saya nak menikah.” Katanya bersahaja,
menutupi gugupnya. Terkejutnya masih belum hilang.
“Baiklah. Nanti kalau dah
ada jawapan, telefonlah pakcik. Pakcik harap doktor terima. Pakcik anggap
doktor dah pun meminang Nurul Iman ketika doktor menyampaikan ilmu tentang
Al-Quran kepada pakcik 3 tahun yang lalu. Pakcik balik dulu. Assalamu’alaikum.”
“Wa’alaikumussalam..”
Azrif bagai tidak percaya
apa yang baru dilaluinya. Terasa Allah begitu baik kepadanya. Airmata bahagia
mengalir ke pipi. Dia tersandar di kerusinya. Terpandang akan Al-Quran kecilnya
yang berwarna biru itu. Di tatapnya seketika, lalu diambilnya. Dicium dengan
penuh ta’zim. Tidak semena-mena hatinya mengungkap sebuah bait,
‘Kupinang Engkau Dengan
Al-Quran’
Azrif terus melirik senyum.
Kupinang
Engkau Dengan Al-Quran
~Gradasi~
Kupinang engkau dengan Al Quran
Kokoh suci ikatan cinta
Kutambatkan penuh marhamah
~Gradasi~
Kupinang engkau dengan Al Quran
Kokoh suci ikatan cinta
Kutambatkan penuh marhamah
Harungi
bersama samudra dunia
Jika
terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNya
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNya
Hadapi
gelombang ujian
Sabarlah tegal tawakal
Sabarlah tegal tawakal
Harungi samudra kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya
Ingatlah syukur pada-Nya
No comments:
Post a Comment