Saturday, November 24, 2012

kisah antara ulama' dan paderi


Ada kisah yang menarik dan perlu kita hayati jalan ceritanya.. dn haruslah kita menghormati seseorang itu w'pun bukan seagama dgn kita krn hormat menghormati adalah amalan yg mulia ....



Di dalam sebuah tren di daerah Mesir, ada seorang ulama' dan seorang paderi Kristian duduk berhampiran..
Nak dijadikan kisah, si paderi ini membuka bungkusan makanannya dan mempelawa ulama' tadi makan bersamanya..

Ulama' itu bertanya, "Apa yang awak makan?"
Paderi itu lantas menjawab dengan bangganya, "Saya makan sedikit sayur-sayuran,
buah-buahan dan ada sedikit daging khinzir.. Marilah makan bersama saya..!
Paderi itu tahu bahawa agama Islam melarang umat-Nya memakan daging khinzir tetapi dia sengaja ingin mempersendakan ulama' itu...
Ulama' itu terkejut lantas berkata, "Agama kami melarang umat-Nya memakan daging khinzir kerana ianya haram..!"
Paderi itu lantas ketawa dan mempersendakan lagi ulama' itu,
"Alangkah malangnya kamu kerana tidak dapat makan daging khinzir yang sungguk enak ini! Saya bersyukur menjadi Kristian kerana dapat menikmati hidangan yang cukup lazat ini..!"
Ulama' tadi hanya diam tanpa berkata-kata dan terus memperhatikan gelagat si paderi tadi makan dengan mempersendakannya...

Tiba di suatu perhentian,
si paderi tadi ingin turun dan ulama' bertanya,
"Awak hendak ke mana?'
"Saya ingin turun kerana saya tinggal di sini." Jawab paderi itu.
"Kalau begitu jangan lupa, pulang ke rumah nanti sampaikan salam saya pada isteri awak!"
Ulama' itu berkata dengan wajah yang cukup tenang..
Paderi tu lantas menjawab dengan tegas," Saya seorang paderi, jadi saya tidak boleh berkahwin dan tidak mempunyai isteri..!
Ulama' itu tersenyum lantas dengan selamba mempersendakan paderi itu kembali,
"Oh..alangkah malangnya kamu kerana tidak dapat mengecapi nikmat alam perkahwinan seperti kami! Saya cukup kasihan dengan kamu.. Mempunyai seorang isteri adalah perkara yang paling membahagiakan di dunia ini..!"
Paderi itu tersedar yang dia telah dipersendakan lantas terus turun tanpa berkata sepatah pun dengan wajah yang merah dan menahan malu yang teramat sangat..!
Dia menyesal kerana mempersendakan seorang yang cukup berilmu dan kesannya terkena padanya kembali...................




















1 comment:

  1. Assalamualaikum...wow...suke baca ni..bguslah..=) sangat beruntung menjadi seorang Islam..^_^ nak copy eh....

    ReplyDelete