Tuesday, November 6, 2012

bagaimana jika Allah tidak memberikan apa yang kita mahu ... ?


Sekirannya ALLAH tidak memberi seseorang yang kamu impikan,
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang memimpikanmu.

Sekirannya ALLAH tidak memberi seseorang yang kamu rindukan,
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang merindukanmu.

Sekirannya ALLAH tidak memberi seseorang yang kamu dambakan,
Semoga DIA memberimu seseorang yang selalu mendambakanmu.

Sekirannya ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai,
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang mencintaimu..

Yang bukan hanya kerana apa yang ada padamu,
Tetapi apa adanya dirimu..

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Dia tidak memberi apa yang kita inginkan. tapi dia memberi apa yang kita perlukan disaat yang terbaik untuk kita.. Kadang-kadang kita menangis, kecewa,kenapa Allah tak beri apa yang kita nak.. Tapi sebenarnya Allah dah tetapkan yang lebih terbaik untuk kita.
“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)
Jadi, jangan kecewa, bila kita terpaksa melepaskan orang yang kita sayang.. Mungkin, Allah sudah tetapkan jodoh yang lagi terbaik dari yang sebelumnya..
Sujudkan HATI dan Jiwamu ..
Semoga ALLAH memberi kita yang terbaik..
Dengan segala keindahan hati dan ketaqwaannya..

Saturday, November 3, 2012

guide tuk cri lelaki baik ... boleh la ...

panduan Tuk mencari lelaki baik ... 
hehe
admin pun ad ckit2 .... huhuhu ( poyo r ckit ... )




1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan atau binatang, tak kisahla kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja. Pendek kata korang tengok reaksi dorang bila ada haiwan nih sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, bleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak

- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak, rimas katanya. Tapi kalu lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu MK tak pasti, nak tekel kakak mesti tekel adik dulu kan..hehe

3) Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik

- Ha korang cuba tgk hubungan dia dgn adik…INGAT, ADIK..bukan adik beradik..bukan kakak atau abangnya. Mengapa MK berkata begitu?. Kerana layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsug menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah

-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting mcmni korang ati-ati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

-Haa korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. Ada lelaki yang masam je mukanya (kalau memang dah azali memang tak leh buat apa), senyum taknak, ditegur buat bodoh je)

Tuesday, October 23, 2012

puasa di hari arafah


Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)




Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan. (Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti)
Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

Sunday, October 21, 2012

pameran geometri oleh pelajar PISMP SEM 2 Pengkhususan Matematik ...

macam-macam diorang buat ... mmg kreatif ..... tgk yg diorang punya baru dapat ilham untuk hasilkan ABM untuk pendidikan Islam ....


x semua gambar ada ... sbb x muat ... hehehe


































Monday, October 15, 2012

kalau aku buat dosa?


KALAU AKU BUAT DOSA?




☻ Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat.
☻ Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati.
☻ Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan
dan kepayahan.
☻ Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku.
☻ Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan.
☻ Terasa sempitnya dadaku.
☻ Aku terus bergelumang dengan pelbagai perkara buruk lagi.
☻ Dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku.
☻ Sedihnya apabila Allah menghina diriku ini.
☻ Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku.
☻ Bahkan, binatang ternakkan turut melaknatku.
☻ Hanya kehinaan yang layak buat diriku.
☻ Hatiku dipenuhi dengan titik-titik hitam.
☻ Aku diselubungi kelaknatan.
☻ Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan.
☻ Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan.
☻ Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku.
☻ Tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah.
☻ Diri aku sudah tentu dibaluti perasaan takut yang tidak terperi.
☻ Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah.
☻ Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk.
☻ Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat.
☻ Ya Allah, aku ingin bertaubat…. Aku menyesal atas segala dosa dan maksiat yang aku telah lakukan…

(Riwayat Ibn al-Qayyim, al-Da’ wa al-Dawa’)

Thursday, September 27, 2012

hanya untukmu






Ku tuju ini buatmu..
Kerana sayang yang mendalam, aku kuatkan diri menahan nafsu cinta, aku pertahankan hubungan kita dengan keterbatasan dan kesederhanaan, aku lindungi perasaan kita ini dengan sifat malu, aku hormati izzah dan kehormatan dirimu dengan mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik buatmu.

Ku tahu ini berat buat kita, tidak seperti pasangan kekasih lain dengan bermanja, gurau senda, dan luahkan sayang dengan sentuhan. Aku tidak mahu hubungan kita dimurkai dan hilang seri bahagia kerana semua itu.

Aku juga takut kelak walaupun bersama, anak-anak kita jadi mangsa tidak diberkati kerana dosa kita masa bercinta dan menjalin hubungan mesra sebelum dahului akad pada syariatnya..

Allah…
Aku lemah tanpa kekuatan darimu, fitrahku dan dirinya ingin berkasih sayang, tunjukkanlah kami jalan.. Bukakanlah pintu hati ibu bapa untuk menerima anaknya ini ingin menikah, bukakanlah pintu rezeki untuk dipermudahkan segala urusan duniawi, dan bukakanlah pintu ilmu yang bermanfaat agar dengannya dapat kami meneguhkan cinta kami, memperhebatkan ibadah, dan terus menjunjung cinta tertinggi hanya padaMU Illahi.

Rahmati segala tekad dan nekad kami Ya Allah :’(

jika kamu membaca ini, ingatlah selalu untuk berdoa kepda Allah agar Dia mempermudahkan segala urusan. 

Friday, September 21, 2012

tiket ke syurga


Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”



Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?
Renunglah wahai hati2, mge kita sampai ke makam itu...