Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak,
kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat.
Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna
Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Rasulullah SAW.
Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang
diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini.
Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa
‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke
bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?
Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan.
Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan
limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita
mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu
tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan
Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting
dalam menjayakan Ramdhan kali ini.
Persediaan
|
Cara
|
Iman
|
1. Taubat yang benar
(Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma
Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di
bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran
(meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun
malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa,
Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
|
Ilmu
|
1. Membaca/belajar buku
Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat
Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku
penyucian jiwa.
3. Mendengar
ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji
surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam
atau makmun di bulan Ramadhan.
|
Dakwah
|
1. Bersedia untuk memberi
tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu
di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain
tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan
kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan
risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut
Ramadhan.
|
Keluarga
|
1. Membuat persediaan
bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek
iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan
Ramadhan bersama-sama.
|
Keazaman
|
1. Membuka lembaran amalan
baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari
dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan
rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari
perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang
dada.
6. Menghadirkan niat untuk
amal soleh di bulan puasa.
|
Jihad
|
1. Merealisasikan matlamat
‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari
berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari
berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari
perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan
di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.
|
No comments:
Post a Comment