Cinta high- class
Wanita dan lelaki
yang bercinta selepas nikah akan saling melengkapkan keperluan diri,
pengetahuan dan agama pasangannya. Ini jauh lebih luar biasa dan dikategorikan
sebagai cinta high class. Jiak belum bernikah, cinta menjadi high class apbila
teruna dan dara saling mujahadah. Fahamkan si dia dengan cara yang benar serta
kurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ia hanya dibolehkan atas dasar urusan dan
keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan. Jika di luar batas urusan, sekatlah
kemahuan tersebut kerana ia bukan atas dasar kperluan yang benar-benar perlu.
Dalam menilai antara keperluan dan
kemahuan,mintalah fatwa dari hati. Hai yang sihat dan sejahtera dapat
membezakan antara kebaikan dan dosa. Kebaikan itu ialah perasaan tenang dalam
hati. Dosa itu pula adalah perasaan was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah
indahnya saat menahan perasaan cinta dan rindu kerana apabila telah halal
perhubungan itu, ia akan dipenuhi dengan pelbagai keterujaan.
Daripada al-nawwas bin Sam’an r.a , Baginda
SAW menjawab apabila ditanya tentang kebajikan dan dosa, maksudnya: ‘ kebajikan
itu ialah keelokkan budi pekerti dan dosa itu ialah apa-apa yang tergetar dalam
dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.’ ( Riwayat Muslim)
Terdapat juga hadis daripada Wabisah bin
Ma’bad, beliau berkata:’ aku telah mnemui Rasulullah SAW dan bertanya tentang
kebajikan dan dosa. Lalu baginda bersabda yang bermaksud: ‘ engkau datang
kerana mahu bertanya tentang kebajikan?’ aku menjawab : ‘ya’. Baginda bersabda
maksudnya: ‘ himpunkan jari-jemarimu dan letakkan ia didadamu. Lalu, mintalah
fatwa daripada dirimu dan dihatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang
membuatkan diri dan hati berasa tenang dengannya. Dosa itu pula ialah satu
perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak( keliru) di hatri,
sekalipun ada orang yang memberiakn fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.’
( riwayat Ahmad dan al- Darimi)
ustazah fatimah az-zahra
No comments:
Post a Comment