Thursday, January 19, 2012

3 cara mudah meluahkan perasaan cinta tanpa kata-kata

3 cara mudah meluahkan perasaan cinta tanpa kata-kata


Bagi seseorang yang menghargai perkataan cinta, ianya pasti agak sukar untuk mereka meluahkan perasaan itu. Adakah luahan yang dilakukan hanyalah semata-mata pengisytiharan atau komitmen yang sanggup diberikan? Adakah ia hanya satu ucapan ringkas sebagai tanda penghargaan? adakah anda mengetahui tujuan utama anda meluahkannya? dan wujud pelbagai persoalan lagi. Ramai pendapat yang bersetuju bahawa luahan adalah tidak penting berbanding tindakan atau perlakuan. Utamakan tindakan terlebih dahulu kemudian barulah ianya disusuli pula dengan luahan kata-kata.
Tunjukkan penghargaan- Cara paling mudah untuk anda meluahkan perasaan cinta adalah dengan menunjukkan penghargaan kepada seseorang. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengekspresikannya. Ianya hanya terpulang kepada kreativiti anda sendiri. Salah satu contoh yang mungkin boleh diberikan adalah dengan memberikannya kad ucpan penghargaan, kata-kata yang merujuk penghargaan, tunjukkan rasa hormat kepadanya atau dengan memberikan hadiah. Ianya tidak seharus berbentuk meterialistik semata-mata, terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan anda.


Luangkan masa- Sekiranya anda sanggup untuk meluangkan masa terhadapnya, ia juga merupakan salah satu cara luahan perasaan yang terbaik. Terutamanya terhadap perhubungan yang melibatkan jarak jauh. Ianya bukan hanya boleh diaplikasi untuk pasangan bercinta sahaja, sebaliknya anda juga boleh menggunakannya sebagai luahan perasaan cinta kepada ibu bapa anda sendiri yang semestinya lebih penting dari segalanya. Disini anda perlu ingat bahawa wang bukanlah segala-galanya.


Memberikan sokongan- Disebalik kejayaan seseorang, pasti ada seseorang yang memberikannya seratus peratus sokongan untuk berusaha lebih gigih untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Sekiranya anda betul-betul mencintai seseorang itu, sentiasalah memberikan sokongan terhadap segala usaha yang sedang diusahakannya. Berkemungkinan berkat sokongan anda yang tidak putus-putas akan memberikan pulangan yang berharga bukan terhadap dirinya sahaja, tetapi diri anda juga.


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget