Tuesday, June 19, 2012


1.0 SEJARAH  PERKEMBANGAN BOLA BALING DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak.


1
 
Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.
1.1SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA BALING DI MALAYSIA
Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian.
Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985.

Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas sebagai pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan, kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. sejak itu, kursus-kursus bola baling untuk gurur-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.
Text Box: 2


Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan wanita buat kali pertama telah diadakan pada 2 jun 1982. kejohanan ini telah disertai 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi pada 11 september 1982. persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didafarkan secara rasmi pada 11 september 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985. di peringlat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling bagi melatih guru dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan.

2.0 ALATAN BOLA BALING

2.1.    GELANGGANG PERMAINAN

3
 
Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 meter panjang  20 meter lebar mengandungi 2 kawasan gol dan kawasan permainan (Rujuk 1.4 dan peraturan 6). Garisan tepi yang panjang dikenali sebagai Garisan Tepi dan garisan yang pendek dikenali sebagai Garisan Gol. Garisan Gol terdiri daripada garisan di

4
 
antara dua tiang gol (intel goal line) dan garisan kedua-dua belah tiang gol (outer goal line).

Gelanggang permainan mesti mempunyai zon keselamatan berukuran sekurang-kurangnya 1 m sepanjang garisan tepi dan 2 m sepanjang Garisan Gol.Gelanggang permainan tidak boleh diubah yang mana akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pasukan.









                                                                                                                                             
1.2  Gol diletakkan di tengah-tengah Garisan Gol dan mestilah diletak kukuh di atas lantai atau dinding.
1.Keluasan ruang gol ialah 2 m tinggi dan 3 m lebar.
2.Palang gol bersambung secara mendatar dengan tiang gol dan kedudukan bahagian depan tiang gol diletakkan di atas Garisan Gol.
3.Tiang dan palang gol mestilah berbentuk segiempat sama berukuran 8 cm dan dicat dengan dua warna yang kontra daripada latar belakang. Biasanya warnayang digunakan ialah merah-putih  atau putih-merah.
4.Gol mestilah dipasang dengan jaring supaya bola berada di dalam gol selepas gol dijaringkan.
1.3  Semua garisan dikira sebagai kawasan permainan dan lebar atau tebal garisan ialah 5 cm kecuali garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) ialah 8 cm. Garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) boleh dicat dengan warna yang berbeza dengan  garisan lain.
1.4  Kawasan di depan setiap gol dikenali sebagai Kawasan Gol. 
1.5  Kawasan Gol diilingkungi oleh Garisan Kawasan Gol (Garisan 6 meter) yang ditanda seperti berikut:
1.Satu garisan 3 meter dibuat selari dengan garisan gol berjejari 6 meter daripada setiap tiang gol.
2.Dua suku bulatan yang berjejari 6 meter (diukur dari  bahagian dalam tiang gol). Kedua-dua suku bulatan itu disambungkan dengan garisan lurus 3 meteryang selari dengan garisan gol.
1.6  Garisan Balingan Percuma (Garisan 9 meter) ialah garisan putus-putus yang dilukis 3 meter di luar Garisan Kawasan Gol (Garisan 6 meter). Setiap garisan putus-putus dan ruang antaranya berukuran 15 cm.
1.7  Garisan 7 meter ialah berukuran 1 meter panjang dibuat di hadapan gol. selari dan berjarak 7 meter dari Garisan Gol.
1.8  Garisan tengah disambung daripada titik tengah kedua-dua garisan tepi.
1.9  Garisan Pertukaran Pemain (sebahagian dari garisan tepi) dibuat 4.5 meter ke kiri dan kanan daripada garisan tengah sepanjang 15 cm ke dalam dan luar garisan tepi.



5
 


Description: bola baling.jpgBola


2.2    BOLA
  1. Bola mestilah dibuat daripada kulit atau bahan sintentik
  2. Ia berbentuk sfera dan permukaannya mestilah tidak berkilat dan licin (17: 3)
  3. Untuk setiap permainan, sekurang-kurang 2 biji bola disediakan dan bola kedua mesti boleh diperolehi dengan segera di meja Penjaga Masa semasa permainan dijalankan. Bola yang digunakan mesti memenuhi syarat mengikut peraturan No. 5 (Saiz Bola)
  4. Pengadil akan menentukan bila bola kedua perlu digunakan. Dalam keadaan ini pengadil mestilah mendapatkan bola dan mengelakkan masa hentian.
  5. Saiz bola : Ukur lilit dan berat, digunakan mengikut kategori pasukan seperti:

  • 6
     
    Lelaki 16 tahun ke atas: Saiz 3 (IHF): Berat 425 - 475 gm: Ukurlilit 58 - 60 cm
  • Lelaki 14 - 16 tahun: Saiz 2 (IHF): Berat 325 - 375 gm: Ukurlilit 54 - 56 cm 
  • Lelaki 8 - 12 tahun: Saiz 1 (IHF): Berat 290 - 330 gm: Ukurlilit 50 - 52 cm
  • Perempuan 14 tahun ke atas: Saiz 2 (IHF): Berat 325 - 375 gm: Ukurlilit 54 - 56 cm
  • Perempuan 8 - 14 tahun: Saiz 1 (IHF): Berat 290 - 330 gm: Ukurlilit 50 - 52 cm

3.0KEMAHIRAN ASAS BOLA BALING
Kemahiran asas dalam permainan Bola Baling, terbahagi kepada lapan iaitu bermula dengan kemahiran berlari, melompat, hantaran bola, menyambut bola, menggelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring, dan menjaga gol. Kemahiran-kemahiran ini perlu dipelajari dan dikuasai bagi setiap pemain Bola Baling sebelum boleh menjadi seorang pemain Bola Baling yang profesional. Kemahiran asas dalam sukan Bola Baling:
3.1 Kemahiran hantaran
Kemahiran hantaran terbahagi kepada lima iaitu:
i. Hantaran bahu
ii. Hantaran lantun
iii. Hantaran aras dada
iv. Hantaran lompat
v. Hantaran sisi
Kemahiran menyambut bola
Kemahiran menyambut bola terbahagi kepada empat iaitu:

7
 
i. Menyambut bola aras muka
ii. Menyambut bola rendah
iii. Menyambut bola dengan sebelah tangan.
iv. Menyambut bola tinggi.

3.2 Jaringan lompat Cara jaringan yang lain
3.2.1Kemahiran Menjaring
Kemahiran menjaring amat penting bagi seseorang pemain bola baling bagi mendapatkan jaringan seterusnya mencapai kemenangan. Kemahiran menjaring terbahagi kepada beberapa jenis teknik dan cara iaitu:
i. Jaringan bahu
ii. Jaringan lompat
iii. Jaringan dive
iv. Jaringan rendah
3.3 Kemahiran menjaga gol
Secara kesimpulannya, permainan bola baling memerlukan pergerakan motor kasar dan halus yang tinggi. Kekuatan otot amat penting bagi mencipta gerakan-gerakan yang pantas untukmenbuat jaringan gol yang diperlukan. Kemahiran motor halus ibahagian jari menvariasikan lagi jenis balingan dan arah ketepatan bola dihantar.





8
 


4. Undang-undang permainan.
4.1MASA PERMAINAN, ISYARATA TAMAT & MASA HENTIAN

4.1.1   MASA PERMAINAN
  1. Masa permainan biasa bagi umur 16 tahun dan ke atas ialah 30 minit setiap separuh masa dan masa rehat ialah 10 minit. (30 : 10 : 30)
  2. Masa permainan biasa bagi kategori umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit setiap separuh masa dan masa rehat ialah 10 minit. (25 : 10 : 25).
  3. Masa permainan biasa bagi kategori umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit setiap separuh masa dan masa rehat ialah 10 minit. (20 : 10 : 20).
4.1.2    MASA TAMBAHAN
  1. Sekiranya keputusan seri setelah masa permainan sebenar telah berakhir dan pemenang perlu ditentukan, maka masa tambahan akan dijalankan selepas 5 minit.
  2. Masa tambahan  ialah 5 minit bagi setiap separuh masa dengan 1 minit rehat di antaranya.
  3. Jika masih seri, maka pemenang akan ditentukan mengikut peraturan pertandingan kejohanan berkenaan.
4.1.3    ISYARAT TAMAT
  1. Masa permainan bermula dengan tiupan visel pengadil untuk balingan permulaan manakala masa tamat permainan ditentukan oleh isyarat tamat automatik dari jam gelanggang (PUBLIC CLOCK) atau penjaga masa
  2. Jika tiada isyarat seperti di atas, maka kuasa tamat permainan sebenar ditentukan oleh tiupan visel pengadil 1.

9
 
4.1.4    MASA HENTIAN (TIME OUT)
  1. Pengadil akan memutuskan bila dan berapa lama masa permainan akan diberhentikan.
  2. Masa Hentian dimestikan bila:
  • penggantungan 2 minit, pembatalan atau singkiran
  • Balingan 7 meter (Balingan Penalti)
  • Masa hentian pasukan diberikan.
  • Kesalahan penggantungan pemain atau balingan pemain melebihi jumlah yang dibenarkan dalam gelanggang.
  • isyarat visel dari penjaga masa atau delegasi teknikal.
  • Perbincangan antara dua pengadil mengikut peraturan 17: 8 Masa Hentian biasa juga diberikan mengikut situasi lain bergantung kepada keadaan (Rujuk 'Calarification No 2)
  • Salah laku yang berlaku semasa henntian adalah sama seperti yang berlaku dalam permainan (16: 13 pernggan 1)
  • Pengadil akan memberikan isyarat kepada Penjaga Masa untuk memberhentikan dan memulakan permainan berhubung dengan masa hentian.
  • gangguan masa permainan akan dimaklumkan kepada Penjaga Masa menerusi 3 tiupan pendek dan isyarat tangan lengan (No 16)
  • Wisel mesti dibunyikan untuk menandakan permainan dimulakan selepas masa hentian tamat (15: 36)

  • 10
     
    Setiap pasukan akan diberikan sekali masa hentian setiap separuh masa selama 1 minit (Rujuk 'Clarification No. 3) dan sesebuah pasukan layak mendapatkan 'Time Out' hanya ketika pasukan itu sedang mengawal bola dan bola akan dimulakan oleh pasukan yang meminta 'Time Out' di tempat bola tadi dihentikan.
4. 2   PASUKAN, PENGGANTUNGAN DAN PERALATAN
4.2.1  PASUKAN
  1. Setiap pasukan mengandungi 12 orang pemain. Tidak lebih daripada 7 orang dan minima 5 orang pemain berada dalam gelanggang. selebihnya adalah pemain gantian.
  2. Sepanjang masa permainan, salah seorang pemain mesti bermain sebagai penjaga gol. Penjaga gol boleh bermain sebagai pemain  gelanggang pada bila-bila masa dan begitu juga pemain gelanggang boleh menjadi penjaga gol pada bila-bila masa (Perturan A4, 4: 7)
  3. Pemain boleh dimulakan dengan sekurang-kurangnya 5 orang pemain. 
  4. Bilangan pemain dalam sesebuah pasukan boleh ditambah sehingga 12 orang pada bila-bila masa sepanjang permainan termasuk masa tambahan.
  5. Sekiranya semasa permainan berlangsung, sesebuah pasukan telah dikurangkan "kurang daripada 5 orang" permainan masih boleh diteruskan.
  6. Terpulang kepada pengadil menentukan sama ada atau bila permainan seharusnya dihentikan/ditamatkan (Rujuk 17:13). Keadaan berlaku setelah pasukan yang sama diberikan hukuman seperti singkir, dibatalkan atau 2 minit. Berlaku kekurangan 5 pemain dalam gelanggang - budi bicara pengadil.
4.2.2  PENGGANTIAN
  1. Semasa permainan, sesebuah pasukan dibenarkan dengan maksima 4 orang pegawai berada bersama dengan pasukan.
  2. Pegawai pasukan yang didaftarkan (4 orang) tidak boleh digantikan seemasa perlawanan berlangsung.

  3. 11
     
    Salah seorang daripada pegawai pasukan hendaklah dikenalpasti sebagai pengurus pasukan yang bertanggungjawab dan dibenarkan untuk berurusan dengan penjaga masa, pencatat dan apa keadaan tertentu dengan pengadil (Penjelasan No. 3 "Team Time Out").
  4. Pegawai pasukan tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa permainan dijalankan.
  5. Pelanggaran peraturan ini hendaklah dihukum sebagai tidak bersemangat kesukanan (Peraturan 8:4, 16.1d, 16.3d dan 16.6b)
  6. Permainan disambung semula dengan balingan percuma bagi pasukan lawan (Rujuk 13.1a - b, Penjelasan No. 9)
  7. Seseorang pemain atau pegawai pasukan berhak mengambil bahagian sekiranya mereka hadir semasa permainan dimulakna dan namanya terdapat dalamborang pencatat.
  8. Pemain-pemain dan pegawai pasukan yang hadir atau tiba selepas pemainan dimulakan mestilah mendapat kebenaran untuk mengambil bahagian dari penmjaga masa atau pencatat dan namanya mesti dicatat dalam borang pencatat.
  9. seorang pemain berhak untuk mengambil bahagian secara prinsipnya boleh memmasuki gelanggang permainan melalui Zon Pertukaran pasukan pada bila-bila masa.
  10. Seorang pemain yang tidak berhak mengambil bahagian akan disingkirkan sekiranya ianya memasuki gelanggang permainan.
4.2.3  PERALATAN
  1. Kedua-dua pasukan mestilah memakai pakaian yang berlainan warna. Semua dalam satu pasukan hendaklah memakai pakaian yang sama warna kecuali penjaga gol. 

  2. 12
     
    Penjaga Gol kedua-dua pasukan hendaklah memakai pakaian yang berbeza warna dari pasukannya dan pasukan lawan.
  3. Pemain-pemain hendaklah memakai nombor 1 hingga 20 dan ukran ketinggian nombor adalah 20 cm di bahagian belakang jersi dan 10 cm di hadapan jersi yang dipakai.
  4. Warna nombor pula hendaklah berbeza (kontras) dan jelas.
  5. Ketua Paukan hendaklah memakai "arm band" berukuran 4 cm lebar.
  6. Kasut hendaklah sesuai.
  7. Pemain-pemain tidak dibenarkan memakai peralatan yang boleh membahayakan diri sendiri atau pemain lain.
  8. Pemain yang cedera seperti luka berdarah atau pun terdapat kesan darah pada pakaian, mereka dihendaki meningggalkan gelanggang permainan dengan segera dengan sukarela dan boleh digantikan dengan pemain lain. Kegagalan mematuhi peraturan ini, pemain tersebut akan dikenakan hukuman kerana tidak bersemangat kesukanan.
  9. Dalam hal kecederaan pemain, pengadil boleh memberikan kebenaran kepada 2 orang pegawai pasukan untuk memasuki gelanggang permainan semasa 'Time Out".
4.3    PENJAGA GOL
4.3.1  Penjaga Gol dibenarkan
  • menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan / tubuh bagi menghalang atau mengawal golnya.
  • boleh bergerak ke mana-mana sahaja dengan bola dalam kawasan gol tanpa mengira langkah dan had masa kecuali melengah-lengah permaian.
  • keluar dari kawasan gol tanpa bola dan melibatkan diri dalam permainan gelanggang (semasa penjaga gol menjadi pemain gelanggang dan tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan sebagai pemain gelanggang). Penjaga gol dianggap keluar dari kawasan gol jika mana-mana anggota tubuhnya menyentuh gelanggang permainan yang terletak diluar garisan 6 meter.
  • boleh keluar kawasan dengan bola dan memainkannya semula di gelanggang permainan, jika dia belum dapat mengawal bola.
4.3.2. Penjaga Gol Tidak dibenarkan:
  • membahayakan pihak lawan semasa melakukan aksi menahan bola.
  • dengan sengaja membawa keluar bola dari kawasan golnya.
  • menyentuh semula bola yang dibalingnya sebelum disentuh oleh pemain luar / gelanggang.
  • menyentuh atau membawa masuk bola yang terhenti atau yang sedang bergolek di luar kawasan gol semasa penjaga gol berada di dalam kawasan gol (tidak menjadi kesalah jika penjaga gol menyentuh atau mengambil bola yang bergolek tadi jika dia berada di luar atau keluar dari kawasan gol)
  • memasuki kawasan gol dengan bola.
  • melintasi garisan 4 meter. sebelum bola diolepaskan dari tangan pembaling semasa balingan 7 meter (penalti) diambil.
4.4.    KAWASAN GOL
4.4.1  Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan masuk / berada dalam kawasan gol.
  • Kawasan gol termasuk Garisan Gol. Pemain gelanggang tidak dibenarkan menyentuh kawasan gol dan juga Garisan Gol (Garisan 6 meter) dengan sebarang bahagian badan.
4.4.2  Pemain gelanggang memasuki kawasan gol, hukuman adalah seperti berikut:

  • 13
     
    Balingan Percuma - apabila pemain masuk dengan membawa bola.
  • Balingan Percuma - pemain gelanggang masuk tanpa bola tetapi memberikan keuntungan kepada pasukannya.
  • Balingan 7 meter - pemain gelanggang (pasukan bertahan) memasuki kawasan gol dengan tujuan memusnahkan peluang lawan menjaringkan gol.
4.4.3  Pemain gelanggang masuk kawasan gol tidak dihukum jika:
  • masuk selepas memainkan bola dan tidak menimbulkan kerugian kepada pihak lawan.
  • masuk kawasan gol tetapi tidak memberikan keuntungan kepada pasukannya.
  • masuk kawasan gol kerana cuba bertahan dan tidak memeberikan kerugian kepada pasukan lawan.
4.4.4  Bola dalam kawasan gol adalah hak penjaga gol. Pemain gelanggang tidak dibenarkan menyentuh bola dalam keadaan:
  • bola berhenti di kawasan gol.
  • bola bergolek di kawasan gol.
  • sedang dipegang oleh penjaga gol.
  • dibenarkan menyentuh / memainkan jika bola di udara kecuali balingan gol sedang dilakukan.  
4.4.5  Pengjaga gol boleh memainkan bola apabila bola masuk kawasan setelah balingan gol.

4.4.6  Permainan diteruskan jika keadaan mempertahankan bola, bola terkena pemain pertahanan dan masuk ke kawasan golnya sendiri.
4.4.7  Jika pemain sengaja memainkan bola masuk ke dalam kawasan gol sendiri, hukumnya:

  • 14
     
    Gol - jika bola masuk ke dalam gol.
  • Balingan Percuma - jika bola berhenti dalam kawasan gol atau disentuh Penjaga Gol dan tidak masuk kedalam gol.
  • Balingan ke dalam - jika bola keluar melepasi garisan gol (Peraturan 11.1)
  • Permainan diteruskan - jika bola itu melepasi kawasan gol tetapi masih berada dalam kawasan gelanggang permainan tanpa disentuh Penjaga Gol.
4.4.8  Bola yang keluar dari kawasan gol ke kawasan gelanggang permainan boleh diteruskan.
Nota:
Jika mana-mana pegawai dari pasukan diberikan KAD MERAH, seorang pemain gelanggang perlu dikeluarkan dan berada di  bangku simpanan selama 2 minit (pegawai berkenaan tidak dibenarkan berada di gelanggang permainan)

4.5.    MEMAINKAN BOLA
4.5.1  Seseorang pemain dibenarkan:
  • membaling, menangkap, menahan, menolak, memukul bola dengan menggunakan tangan (tangan terbuka / gemgam), lengan, kepala, badan. peha dan lutut.
4.5.2  Memegang bola pada jangkamasa 3 saat.

4.5.3  Mengambil 3 langkah bersama bola. Langkah pertama dikira:
  • Pemain berdiri 2 kaki di atas lantai dan kemuudian mengangkat sebelah kaki dan meletakkannya kembali atau mengubah sebelah kaki ke tempat lain.

  • 15
     
    Pemain berdiri sebelah kaki untuk menangkap bola kemudian menjatuhkan sebelah kaki lagi ke lantai.
  • melompat dengan 1 kaki dan kemudian mendarat lalu melompat dengan kaki yang sama atau dengan kaki yang berlainan.
  • Mendarat dengan 2 kaki kemudian mengangkat kaki dan meletakkannya semula atau menggerakkan sebelah kaki ke tempat lain.

4.5.4  Semasa berdiri atau berlari:
  • melantun bola dan menangkap semula dengan satu atau dua tangan.
  • melantun bola beruilang-ulang dengan sebelah tangan (dribble) atau menggolek bola secara berulang dengan sebelah tangan kemudian menangkapnya atau mengambil semula dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan.
  • apabila bola telah dipegang dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan ia mesti dimainkan dalam masa 3 saat atau tidak lebih dari 3 langkah (13.1a)
  • melantun atau menggelecek bola dikira apabila pemain menyentuh dengan mana-mana bahagian badan dan menyentuh lantai.
  • selepas bola terkena pemain lain atau tiang gol, pemain dibenarkan menampan atan melantun dan menangkap kembali.
4.5.5  Menghantar bola dari tangan ke tangan tanpa menghilangkan perhubungan pada masa itu.

4.5.6  Dibenarkan menghantar bola dengan keadaan berlutut, duduk atau baring di tanah.
Pemain Tidak Dibenarkan:

4.7.7  menyentuh bola lebih dari sekali kecuali terkenan tanah (lantun), pemain lain atau tiang gol.

  • 16
     
    "Fumbling the ball is not penalized" tiada hukuman.
  • Kegagalan pemain mengawal bola semasa cuba menangkap atau menahan bola tidak akan dihukum.
  • Sekiranya bola telah atau dalam kawalan, pemain tidak boleh menyentuh bola. 
4.7.8  Menyentuh bola di bahagian kaki di bawah lutut atau kaki atau dibaling dengan sengaja oleh pihak lawan.

4.7.9  Permainan diteruskan sekiranya bola terkena referi di dalam gelanggang.
      
5.0 STRATEGI PERMAINAN
Terdapat beberapa strategi permainan untuk bola baling ketika menyerang dan bertahan diantaranya ialah:
i. Serangan 
(a) Sistem 3 : 3
(b) Sistem 2 : 4
(c) Sistem 5 : 1
(d) Sistem 6 : 0
ii. Bertahan
(a) Sistem 6 : 0
(b) Sistem 5 : 1
(c) Sistem 4 : 2
Description: http://2.bp.blogspot.com/_gZ4pnUq9y9w/SwDS_9v01DI/AAAAAAAAAME/j3QzDE_ShRc/s200/strategi1.jpg

17
 
Sistem serangan 5 : 1 oleh Pasukan Kuning 
Sistem bertahan 5 : 1 oleh Pasukan Ungu


Description: http://4.bp.blogspot.com/_gZ4pnUq9y9w/SwDTgUQ0jVI/AAAAAAAAAMM/-__CDMX2vSM/s200/strategi2.jpg
Sistem serangan 5 : 1 oleh Paukan Kuning 
Sistem bertahan 4 - 2 oleh Pasukan Ungu

Description: http://3.bp.blogspot.com/_gZ4pnUq9y9w/SwDT5oYuyBI/AAAAAAAAAMU/z3Z4lImp8VI/s200/strategi+4.jpg
Sistem serangan 5 : 1 oleh Pasukan Kuning  
Sistem bertahan 6 : 0 oleh Pasukan Ungu


18
 

No comments:

Post a Comment