Tuesday, April 19, 2011

CAMAR KELUKAAN





Di suatu ketika
Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan
Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirakn kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Demi kejayaan
Ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu
Bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar 
Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa (kau bawa daku pergi)ku 
Pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Semua ini satu ketentuan





3 comments:

  1. assalamualaikum

    CAMAR KELUKAAN, semoga KELUKAAN yg kita dapat mnjadi KEKUATAN untuk kita merawat KELUKAAN tersebut..insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..moga Allah memberkati perjuangn ini...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget