Saturday, August 13, 2011

menggunakan akal untuk berfikir

Apa khabar semua? Ana harap semuanya sihat dan masih bersemangat untuk terus beramal dlam bulan ramdhan ini …moga ad berkatnya ……sedikit perkongsian dari ana kali ini ….

Wasiat imam al-ghazali
“ al-quran memerintahkan kita agar berfikir dan menggunakan akal untuk memecahkan rahsia hidup ini. Matlamatnya adalah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kita”

     Otak manusia yang terkandung didalamnya trillion neuron itu adalah satu ciptaan yang sangat ajaib. Otak manusia, bukan seumpama bekas pada dunia dimensi ketiga; makin disi makin penuh, tapi ia adalah ciptaan yang sangat luar biasa ; makin diisi makin bertambah ruangnya.
                Otak berperanan sebagai akal yang berfungsi untuk berfikir,menaakul, menganalisis, melakukan perbezaan dan mentafsirkan semua maklumat yang diterima daripada pancaindera seperti mata dan semua deria 5 ..



                Allah menciptakan manusia. Allah menganugerahkan akal dengan kebolehan dan fungsinya untuk berfikir dan memahami. Mari kita lihat pesanan-pesanan Pencipta kita di dalam al-Quran tentang akal :
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati (akal), semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya” (al-Israa’:36)

oleh itu , bukanlah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya mereka menjadi orang-orang yang ada hati (akal) yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar?” (al- hajj: 46)
Begitu sekali Allah mahukan kita berfikir dan menggunakn akal kita untuk memahami dan berfikir tentang ciptaanya. Banyak lagi ayat yang lain yang menegaskan bahawa semua Islam perlu berfkir tentang kepentingan  umat sejagat.

Jelasnya sekarang,kita kurang budaya berfkir …bahkan boleh dikatakan, budaya berfkir telah mati dalam kehidupan msyarakat. Kita lebih senang mnerima apa yang difikirkn oleh orang lain, tanpa berusaha berfikir sendiri. Banyak ayat-ayat yang menganjurkan agar kita berfikir. Malah ciri orang yang beriman adalah orang yang rajin brfikir.

Saban tahun,beribu-ribu graduan unversiti keluar namun berpa rmaikah dari mereka mampu untuk menjdi pemikir dunia? Di Timur Tengah , sana ada Dr. Yusuf Al-Qardawi…dan rmai lagi ….kita bila pula ?

Seorang graduan klas pertama pun tidak semstinya boleh menjadi seorang pemikir yang baik. Ini kerana ilmu yang dipeolehinya adalah dari banyak pembacaan dan mengulangkaji …bukannya dari hasil dia berfikir dan mengkaji. Dengan sebab itu kita jarang melahirkan penemuan baru yang lebih berkesan untuk masa kini dan masa dpan ….



Setakat ni sahaja ….insyaAllah akn bersambung……waallaua’lam.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget