Monday, July 23, 2012

Cinta high- class


Cinta high- class


Wanita dan lelaki yang bercinta selepas nikah akan saling melengkapkan keperluan diri, pengetahuan dan agama pasangannya. Ini jauh lebih luar biasa dan dikategorikan sebagai cinta high class. Jiak belum bernikah, cinta menjadi high class apbila teruna dan dara saling mujahadah. Fahamkan si dia dengan cara yang benar serta kurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ia hanya dibolehkan atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan. Jika di luar batas urusan, sekatlah kemahuan tersebut kerana ia bukan atas dasar kperluan yang benar-benar perlu.
    Dalam menilai antara keperluan dan kemahuan,mintalah fatwa dari hati. Hai yang sihat dan sejahtera dapat membezakan antara kebaikan dan dosa. Kebaikan itu ialah perasaan tenang dalam hati. Dosa itu pula adalah perasaan was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan perasaan cinta dan rindu kerana apabila telah halal perhubungan itu, ia akan dipenuhi dengan pelbagai keterujaan.
    Daripada al-nawwas bin Sam’an r.a , Baginda SAW menjawab apabila ditanya tentang kebajikan dan dosa, maksudnya: ‘ kebajikan itu ialah keelokkan budi pekerti dan dosa itu ialah apa-apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.’ ( Riwayat Muslim)
    Terdapat juga hadis daripada Wabisah bin Ma’bad, beliau berkata:’ aku telah mnemui Rasulullah SAW dan bertanya tentang kebajikan dan dosa. Lalu baginda bersabda yang bermaksud: ‘ engkau datang kerana mahu bertanya tentang kebajikan?’ aku menjawab : ‘ya’. Baginda bersabda maksudnya: ‘ himpunkan jari-jemarimu dan letakkan ia didadamu. Lalu, mintalah fatwa daripada dirimu dan dihatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang membuatkan diri dan hati berasa tenang dengannya. Dosa itu pula ialah satu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak( keliru) di hatri, sekalipun ada orang yang memberiakn fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.’ ( riwayat Ahmad dan al- Darimi)
ustazah fatimah az-zahra  

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget