Friday, February 14, 2014

aku kembali lagi ...

alhamdulillah,sudah lama saya berhenti menulis di alam maya ini. semakin hari semakin meningkat tugas-tugas yang perlu saya jalankan sebagai seorang pelajar,sebagai seorang anak,sebagai seorang abang dan seorang pejuang agama Allah. Kini Allah memberi kepada saya sedikit masa untuk menulis,mungkin selepas ini beberapa bulan lagi akan menulis kembali .. doakan saya agar dipermudahkan segala urusan...

Perkongsian saya pada kali ini ialah tajuk yang biasa sahaja,biasa kita dengari di mana-mana tazkirah,mana-mana ceramah dan mana-mana insan yang kita rasakan mereka itu thiqah iaitu bab iman.


Iman ialah sesuatu yang kita tidak nampak pada zahir sehingga ada para sarjana Islam mengumpamakan Islam dan Iman itu adalah seperti langit dan bumi. Bumi itu Islam dan langit itu Iman. Kalau di bumi semua perkara kita dapat lihat; ada pokok,ada binatang,ada bukit,ada sungai dan sebagainya. Tapi lain pula jika kita lihat kepada langit. Di langit apa yang berlaku dan yang akan berlaku kita tidak tahu. Kadang-kadang datang hujan,kadang-kadang ribut kencang dan sebagainya. Begitu lah dengan iman kita ,tidak semestinya ia sentiasa tenang seperti langit yang membiru. Ia juga boleh menjadi hitam kegelapan dek kerana awan yang menyelebunginya. Keadaan boleh berubah.

 Biasa kita dengar dalam ceramah ustaz Abdullah Khairi, " ada orang menganggap besar nilai rm50 untuk menderma di masjid,tapi ia kelihatan kecil ketika membeli di pasar malam. ini kerana apa,ini kerana iman. ada orang mampu untuk bawa motor pergi ke tempat yang jauh,berjam-jam lamanya,berpeluh-peluh tapi dia tidak mampu untuk solat berjemaah di masjid walaupun masjid sebelah rumahnya sahaja. ini kerana apa,kerana Iman. ada seorang suami mampu membeli pakaian yang beratus-ratus ringgit harga untuk anak anak dan isterinya namun ia tidak mampu membeli tudung untuk anak dan isterinya menutup aurat walaupun harga tudung itu rm 30 sahaja. ini kerana apa,kerana iman.' besarnya keimanan itu wahai pembaca sekalian. iman yang kuat sahaja mampu untuk menempuh ujian Allah di dunia ini. Iman yang lemah pula tidak mampu untuk mengharungi malah terus tergelincir hanyut di bawa arus dunia. 

 marilah sama-sama kita muhasabah diri untuk menjadikan diri kita yang terbaik. Sheikh Abdul Qadir Jailani menceritakan sebuah kisah yang berlaku kepada seorang lelaki soleh di Delhi. Beliau telah menimbulkan kontroversi tatkala mengungkapkan kata-kata yang sungguh luar biasa.
“Engkau bukan Allahku dan aku bukan hambamu!” kata lelaki soleh itu.
Setiap yang mendengar terkejut.
Kata-kata itu sungguh berbunyi kekufuran dan seluruh mereka yang mendengarnya menghukum beliau dengan kufur.
Namun seorang hadirin datang kepada lelaki soleh berkenaan dan bertanya, “mengapakah engkau berkata demikian?”
Lelaki tersebut menjawab, “Nafsuku menyuruh aku berbuat maksiat. Aku berkata kepadanya bahawa engkau bukan Allahku dan aku tidak akan menurut kehendakmu kerana aku bukan hambamu!’
Lalu Sheikh Abd al-Qadir al-Jailani menyambung nasihatnya kepada si anak murid, “Jangan engkau mendakwa dirimu sebagai Allah, tatkala engkau mahukan semua kehendakmu berlaku. Engkau mahu semua yang engkau hajatkan menjadi kenyataan. Ketika engkau mempunyai harapan yang begitu, engkau seperti mendakwa dirimu Tuhan. Kerana hanya Tuhan yang berhak begitu!”
Harapan yang tinggi mesti disertakan dengan sifat kehambaan.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget